6 Campsites Menarik Di Cameron Highland

Views: 44

1. Kem Sg Pauh

Terdapat kemudahan yang mencukupi seperti tandas bersih, bilik air, surau, lubang barbeku dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap perkhemahan.

2. Pine Valley Villa & Camper Site

Terdapat beberapa kedai serbaneka berdekatan sekiranya anda merasa perlu mendapatkan snek segera, serta tandas yang luas, bilik mandi dan kawasan barbeku. Ianya cukup luas untuk memuatkan beberapa van perkhemahan di perkarangannya.

3. MPGV Hikers Paradise

Terletak di tempat yang tenang di sepanjang jalan Simpang Pulai-Lojing, MPGV Hikers Paradise menawarkan tapak perkhemahan bersaiz kecil yang terletak di sebelah sungai , dengan suasana desa dan bukit-bukit hutan hujan. Terdapat juga kemudahan di sini seperti tandas dan tempat barbeku.

4. Cozy Leisure Farm Bertam Valley

Dikelilingi oleh taman menghijau yang menghadap ke Lembah Bertam yang indah, dapat menyaksikan matahari terbit dan mempunyai tapak perkhemahan yang yang dilengkapi dengan tandas bersih, bilik mandi, kawasan barbeku dan ya, Wi-Fi!

5. Masjid Lojing Highlands Campsite

Terletak di pinggir sempadan Pahang-Kelantan, hanya 40 minit pemanduan dari Tanah Rata, tapak perkhemahan Masjid Lojing Highlands menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan, dan kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi, lubang barbeku dan surau. Terdapat juga ruang yang luas untuk campervan.

6. Hola Campsite

Terletak di puncak Golden Hills di antara Tanah Rata dan Brinchang, Hola Campsite menyediakan ruang untuk bilangan khemah yang terhad. Kemudahan seperti tandas, lubang barbeku disediakan di tapak dan mereka yang berkhemah dapat menikmati cuaca yang sejuk dan pemandangan bukit yang indah dari kawasan perkhemahan.

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Comment

%d bloggers like this: