Antaranya perbanyakkan berpuasa.
InsyaAllah, Sabtu 30 Julai 2022 ini bersamaan dengan 1 Muharam 1444 Hijrah.
Kita melangkah lagi ke tahun baru islam.
Sama² kita menambah amal khususnya berpuasa.
.
1. Puasa Sunat Isnin & Khamis
Dalam sebuah hadith, Saidatina Aisyah RA berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
.
2. Puasa Sunat Tasu’a
Puasa Tasu’a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis’ah) yang bermaksud sembilan.
Ia dilaksanakan pada setiap 9 Muharam kalendar hijrah.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharam).”
(Hadith Riwayat Muslim)
.
3. Puasa Sunat ‘Asyura
‘Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu عَشَرَة (‘asyarah) bermaksud sepuluh. Hari ke 10 Muharam
Kata Ibnu Abbas r.a. apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata:
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura.
(Hadith Riwayat Bukhari)
.
4. Puasa Sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh)
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)
Semoga bermanfaat