Baca sahaja tajuk di atas, sudah mengagak pasti ramai di kalangan anda tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah batu ini. Untuk pengetahuan anda semua, kewujudan batu unik bukan satu cerita rekaan semata-mata. Dalam ilmu penyelidikan geologi amnya, batuan istimewa ini sering kali menjadi bahan kajian ekoran sifat unik yang boleh terapung di dalam air.


Soalnya, apakah nama batu tersebut? Dari manakah ia berasal? Selain itu, apakah sebab yang membolehkan batu ini terapung di dalam air?


Mengikut portal Geology.com, batu tersebut digelar dengan nama, Pumice Rock. Jika dilihat secara fizikal, ia berwarna terang, keseluruhan permukaan berliang dan ringan berbanding, jenis batuan lain.

Kewujudan batu Pumice pada asalnya terbentuk selepas proses letusan gunung berapi. Cecair panas atau lava yang keluar daripada permukaan kawah gunung merupakan proses awal kewujudan batuan ini.


Sebagai contoh, batuan ini akan terbentuk sebaik sahaja lava membeku pada takat suhu 25 darjah Cel sius. Selain batu ini, wujud satu jenis mineral lain turut terbentuk iaitu mineraloid (sejenis unsur keras ber warna jernih seperti kaca).


Turut terkenal dengan jolokan nama sebagai batu apung, ia adalah satu satunya batu yang boleh terapung di dalam air. Berdasarkan rekod kajian geologi, batuan ini bersifat vesikel (memiliki banyak ruang udara). Selain itu, batuan ini memiliki tiga komposisi utama iaitu riolit, basalt dan andesit.

Keadaan ini dapat di lihat banyak permukaan berliang dan ukuran terlalu ringan, membolehkan ia berupaya terapung di da lam air. Bagaimanapun, proses apungan di dalam air hanya berlaku pada tempoh tertentu mengikut saiz batu.

Justeru, jika lebih besar saiz batu terbentuk maka, ia akan terapung dengan lebih lama. Saat ia berada di dalam air, keseluruhan permukaan berliang sedikit demi sedikit akan membebaskan gelembung udara sebelum tenggelam ke dalam air.


Selain terkenal dengan keupayaan terapung di dalam air, batu Pumice mendapat permintaan tinggi di pasaran. Sebagai contoh dalam industri kosmetik, ia banyak digunakan untuk menghasilkan produk pengilat kuku, skrub muka dan kaki, gel mandi dan banyak lagi.


Dalam industri pembinaan pula, batuan ini digunakan untuk menghasilkan blok-blok bata bagi pembinaan rumah, bangunan dan sebagai nya. Oleh sebab struktur batu tersebut ringan dan mampu menyerap udara, ia secara tidak langsung berfungsi se bagai penebat haba pada skala yang lebih besar.


Sementara itu, batu Pumice turut mendapat permintaan dalam industri landskap dan hortikultur. Sebagai contoh, batu ini selalunya digunakan sebagai batu penutup hiasan landskap. Antaranya lagi, ia turut digunakan sebagai batu parit atau perapi tanah bagi sesebuah tanaman buah, sayur dan bunga.


Lapor portal Reference.com, kewujudan batu Pumice mudah dikesan terutamanya di kawasan laut lepas atau pantai. Kebiasaannya, batu ini akan muncul dalam sebuah kelompok banyak terapung di dalam air. 

Situasi tersebut biasanya terjadi selepas ke jadian letusan gunung berapi di ba wah dasar laut atau kawasan teluk. Berdasarkan rakaman imej satelit dari balai cerap Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), berjaya merakam kewujudan batu Pumice terbanyak di dunia.

Penemuan tersebut digelar sebagai raft pumice. Hasil penelitian lanjut dijalankan, imej satelit tersebut menunjukkan suatu jenis objek terapung berdekatan kepulauan Tonga, New Zealand pada Ogos 2012.

Bagi mengenal pasti objek berkenaan, se pasukan penyiasat khas telah digerakkan ke kawasan terbabit.
Setibanya di lokasi, objek tersebut ialah sejenis batu yang wujud dalam bentuk gugusan sedang terapung di dalam air laut. 

Dianggarkan, ia berkeluasan 480 kilometer panjang dan 48 kilometer lebar. Tidak sampai beberapa hari selepas itu, satu lagi objek sama dikesan pada 10 Ogos 2012. la dijumpai berhampiran kepulauan Raul, utara New Zealand. Penemuan ini dilaporkan ditemui oleh angkatan tentera laut negara itu.


INFO RINGKAS

  • Batu Pumice pada asalnya terbentuk selepas proses letusan gunung berapi.
  • Cecair panas atau lava yang keluar daripada permukaan kawah gunung merupakan proses awal kewujudan batuan ini.
  • Berwarna terang, mempunyai keseluruhan permukaan berliang dan ringan.
  • Turut terkenal dengan jolokan nama sebagai batu apung, ia adalah satu satunya batu yang boleh terapung di dalam air.
  • Mendapat permintaan tinggi dalam industri kosmetik, pembinaan, hortikultur dan landskap.