FOTO di atas adalah Bulbus Cedar – sejenis spesies pokok yang unik. Pokok gergasi ini hanya tumbuh di kawasan Cheewat Cedar di laman negara Pacific Rim di Vancouver, Kanada.


Pepohon besar seperti ini amat penting dari segi ekologi. Ia menyimpan banyak biojisim yang dapat mengelakkannya daripada mencemar atmosfera dunia. 

Akarnya boleh menembusi jauh di bawah tanah dan memanfaatkan sumber-sumber air yang tersembunyi. 

Kewujudan pohon seperti ini juga membekalkan oksigen yang bersih kepada hidupan di sekitarnya. 

Ya, ia juga salah satu hidupan ciptaan Allah. Subhanallah!