PADA zaman pemerintahan Mesir purba dulu kala terbina monumen-monumen terdiri daripada bilik-bilik dan lorong-lorong yang gelap. Persoalannya adakah mereka hidup dalam kegelapan?

Namun, kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Helmuth Satzinger dari Muzium Kunsthistorisches di Vienna tidak menunjukkan terdapatnya kesan jelaga di lantai ataupun dinding bagi menunjukkan penggunaan lilin ataupun pelita. 

Pada tahun 1936, ahli arkeologi Austria, Dr. Wilhelm Konig yang menjalankan kerja mencari gali di penempatan kuno Parthian dan sekarang ia dikenali sebagai Iran menemui suatu objek aneh tertanam di tapak tersebut. 

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 12 sentimeter dan berukuran 2.5 sentimeter luas.

Namun penyelidikan lanjutan telah mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu.



Hasil dari ujikaji tersebut mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 15 voltan hingga dua voltan dan ada sesetengah pendapat mengatakan bateri tersebut mampu menghasilkan lima voltan.



Namun apa-apa pun pendapat, bateri tersebut tetap mampu menjana tenaga elektrik. Penemuan ini telah menggegarkan penduduk dunia yang menyangka manusia pada zaman kuno yang hidup ribuan atau jutaan tahun yang lalu adalah manusia zaman batu, tidak berpakaian dan tidak berteknologi tinggi.

Bukti ini memeranjatkan semua pihak bahawa teknologi mereka sangatlah tinggi dan luar biasa dan boleh dikatakan setaraf dengan teknologi kita sekarang.



Salah satu lagi penemuan yang dapat mengukuhkan bukti tersebut ialah dengan penemuan objek yang berbentuk seperti mentol lampu yang di dalamnya terdapat bentuk beralun seperti filamen di tepi Sungai Nil.

Jelaslah terbukti bahawa orang Mesir purba mampu menghasilkan sumber tenaga berasaskan tenaga elektrik 



Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menyangkal bateri dikatakan pertama kali dicipta pada tahun 1800 oleh Count Alessandro Volta.