Gelak keterlaluan membawa maut

Views: 49

PADA April 1872, Fitzherbert bersama teman²nya sedang menonton persembahan teater opera. Salah seorang watak bernama Polly dalam teater itu berjaya melakonkan adegan mencuit hati sehingga membuatkan Fitzherbert tidak henti-henti ketawa. 

Akibat ketawa keterlaluan, Fitzherbert dipaksa keluar dari pada ruang penonton kerana perbuatannya mengganggu orang lain. Namun, seminggu kemudian, Fitzherbert disahkan mati setelah asyik ketawa tidak berhenti-henti sejak pulang menonton teater tersebut.

Ketawa yang keterlaluan memang boleh membawa padah. Ramai yang telah menemui ajal akibat tidak dapat menahan rasa geli hati dan lucu setelah menonton persembahan atau mendengar lawak. Di bawah ini antara mereka yang terlalu kuat ketawa semasa hayatnya sehingga boleh membawa padah

Tanggal Mac 1975, Alex Mitchell sedang menonton rancangan komedi di kaca televisyen di rumahnya. Aksi lawak lelaki berpakaian seperti orang Scotland namun pandai berkungfu dalam rancangan itu membuat Alex tidak henti-henti ketawa. Setengah jam kemudian, suara Alex mulai lemah dan akhirnya mengerang kesakitan, lalu maut akibat terkena serangan sakit jantung.

Ole Bentzen dari Denmark ketawa berpanjangan sewaktu menonton filem A Fish Called Wanda. Akibatnya, jantung Ole Bentzen meningkat kepada 300 degupan per minit dan akhirnya meragut nyawanya.

Penulis Itali, Pietro Aretino ketawa hingga ke kejangan lalu menemui ajal setelah mendengar kisah lawak saudaranya sendiri.

Seorang pelukis Yunani bernama Zeuxis tertawa sebaik saja melihat lukisan wanita yang baru dilukisnya

Dek kerana ketawa keterlaluan, Zeuxis sesak nafas dan akhirnya menemui ajal.

Seorang pelawak Yunani, Philemon ketawa terbahak² ketika membuat persembahan lawak sehingga meragut nyawanya sendiri.

Chrisyppus, seorang ahli bijak pandai Yunani maut setelah tertawa tidak berhenti-henti apabila melihat seekor keldai sedang memakan buah ara.

Ketika melihat kerja-kerja pembaikan singgahsana Raja Charles II, sesuatu telah mencuit hati Thomas Urquhart sehingga tertawa tidak berhenti-henti. Sayangnya,Thomas yang juga pengarang berasal dari Scotland ini meninggal dunia setelah ketawa berlebihan. 

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Comment

%d bloggers like this: