Gua Seruling Bambu

Share

THE Reed Flute Cave atau Gua Seruling Bambu merupakan salah satu tarikan popular pelancong di Guillin dalam wilayah Guangxi, China.

la merupakan gua batu kapur semula jadi dengan lampu berwarna-warni yang menjadi tarikan pengunjung sejak 1,200 tahun lalu.


Gua ini dikatakan berusia lebih 180 juta tahun. Ia mendapat nama kerana terdapat pepohon buluh yang boleh dibuat seruling tumbuh meliar di luarnya, Gua ini dipenuhi batu stalaktit dan stalagmit yang terbentuk secara semula jadi dengan pelbagai bentuk aneh.

Pada dinding gua pula terdapat lebih 70 tulisan zaman kuno yang bertarikh sehingga 729 Masihi sewaktu dinasti Tang. 

Tulisan ini menguatkan lagi dakwaan bahawa gua ini menjadi daya tarikan sejak zaman purba lagi. 



 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: