Gurun terkering di dunia

Views: 41

Gurun Atacama yang terletak di Amerika Selatan merupakan sebuah gurun yang paling kering di dunia. Gurun ini menganjur dari selatan Peru sehingga ke utara negara Chile.

Kawasan yang seluas 105,000 kilometer persegi ini menerima hanya 1 milimeter hujan, ada sesetengah tempat di sini langsung tidak menerima hujan dalam tempoh setahun. Gurun Atacama pernah mempunyai rekod 4 tahun tanpa sebarang hujan.Hampir satu juta orang telah menjadikan gurun ini sebagai rumah, kawasan gurun ini mempunyai beberapa lombong tembaga, kebanyakan penduduk tersebut tertentu pada kawasan berdekatan dengan pantai.

Gurun ini mendapat perhatian dunia apabila 33 pelombong copiaco telah tertimbus selama 69 hari pada tahun 2010, mereka bernasib baik kerana kesemua 33 orang tersebut berjaya dikeluarkan daripada lombong yang berusia 120 tahun tersebut.

Kawasan gurun Atamaca ini kelihatan seperti planet Marikh, pihak Nasa telah menggunakan kawasan ini untuk menguji  pelbagai jenis peralatan yang akan digunakan di planey tersebut. Tempat ini juga mendapat perhatian dari pihak produksi apabila sebuah cerita yang bertajuk Space Odyssey dirakam di kawasan ini 

Gurun ini mempunyai suhu purata sehingga 40 darjah celcius, manakala suhu boleh jatuh sekitar 5 darjah celcius pada sebelah malam. Tempat ini juga digunakan oleh ahli astronomi disebabkan oleh ketiadaan awan dan pencemaran cahaya.

Related Posts

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: