19 Jun 1910, 112 tahun yang lalu, Hari Bapa yang pertama disambut di Spokane, Washington.

Pada 1909, seorang wanita bernama Sonara Smart Dodd mendapat inspirasi untuk mewujudkan satu hari untuk memperingati bapa selepas mendengar satu khutbah Hari Ibu, yang disambut pada setiap Ahad minggu ke-2 bulan Mei sebagai hari cuti umum.

Dodd adalah salah seorang daripada 6 beradik yang dibesarkan oleh bapa mereka, seorang veteran Perang Saudara, seorang diri selepas ibu mereka meninggal dunia ketika bersalin. Jadi beliau merasakan kaum bapa juga perlu diperingati jasa & pengorbanan mereka.

Lantas Dodd berkempen ke gereja-gereja, kedai-kedai & pegawai kerajaan untuk meraih sokongan terhadap ideanya itu, sehinggalah Kerajaan Negeri Washington secara rasmi menyambut Hari Bapa buat kali pertama pada 19 Jun 1910, bulan kelahiran bapa Dodd.

Lama-kelamaan, ia tersebar. Pada 1916, Presiden Woodrow Wilson meraikannya dengan membentangkan bendera di Spokane dengan menekan butang dari Washington, D.C. Pada 1924, Preisden Calvin Coolidge pula menggesa kerajaan negeri lain menyambutnya.

Pada dekad 20-an & 30-an, wujud pergerakan yang menggesa Hari Ibu & Hari Bapa dimansuh untuk digantikan dengan Hari Ibu Bapa yang disambut serentak. Begitupun pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengeluarkan pengisytiharan mengiktiraf Hari Bapa.

Hanya pada 1972, di tengah-tengah kempen pemilihan semula Presiden yang sengit, Richard Nixon menandatangani proklamasi yang menetapkan Hari Bapa sebagai hari cuti persekutuan bagi seluruh A.S.

Sumber: History, Britannica