Islam di Nusantara abad ke-13

Share

Islam lahir pada abad ke-5 Masihi, di tengah padang tandus dalam masyarakat Arab Jahiliah yang telah jauh terpesong daripada di amalan sebelumnya terutamanya agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan nabi-nabi yang terdahulu. Penzahiran Islam diwahyukan oleh Allah SWT ke atas hambanya yang terpilih Nabi Mohammad SAW. Baginda diutus ke dunia ini untuk membetulkan salah laku manusia yang tergelincir dari landasan yang digariskan di dalam agama tauhid seperti yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Intisari agama Islam itu adalah mentauhidkan Allah yakni mengesakan Tuhan yang Satu (Ahad) dan menafikan tuhan-tuhan lain selain Allah, seperti yang telah dijelaskan di dalam surah Al-Ikhlas.“Allah yang maha Esa yang satu,
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak di peranakkan, 
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengannya”
(Surah Al-Ikhlas, ayat 1-4)

Hakikat unsur tauhid tersebut pula menekankan ‘Kalimah’ (sebutan) dan ‘Syahadah’ (penyaksian) yang benar lagi mutlak, iaitu “Tiada Tuhan melainkan Allah” (La ilaha illa Allah). Secara umumnya asas Islam itu dirukuni oleh lima perkara utama yang lebih dikenali sebagai rukun Islam, ianya adalah ‘Shahadah’ (penyaksian), ‘Solat’ (sembahyang), ‘Siyam’ (berpuasa) ‘Zakat dan Haji’. Penzahiran Islam sebagai agama anutan manusia sejagat melalui penurunan ‘ Wahyu’ (Al Quran) dan ‘Sirah Nabi’ (Sunnah dan Hadith) bukan sahaja tertumpu kepada soal kebenaran hakiki semata-mata bahkan meliputi semua perkara berkaitan keduniaan termasuk ekonomi, politik, sosio-budaya, kemasyarakatan, falsafah, bahkan meliputi soal seni dan budaya.

Islam di Nusantara

Secara umumnya terdapat pelbagai teori tentang kedatangan Islam ke Nusantara. Ada yang mengatakan Islam datang dari India, ada pula yang mengatakan dari Canton (China) dan tidak kurang juga Pengertian Islam dan Ibadah Solat mengatakan Islam datang dari tanah Arab sendiri. Walau apapun tanggapan tentang teori kemasukan Islam ke wilayah ini, gelombang kemasukannya ke Nusantara dipercayai berlaku sebaik sahaja agama Islam tersebar di Semenanjung Tanah Arab. Ini disebabkan orang Arab telah membuat perhubungan dengan wilayah Melayu lebih awal, iaitu sebelum pra-Islam lagi melalui perdagangan. Rantau ini telah menjadi laluan perdagangan utama melalui jalan laut yang menghubungkan Timur dan Barat, selain jalan darat yang popular dengan jolokan laluan sutera.

Tanah semenanjung dan kepulauan Melayu sememangnya terkenal dengan pengeluaran barangan berasaskan rempah ratus seperti bunga cengkih, lada hitam, buah pala, di samping bahan-bahan lain termasuklah damar, kemenyan dan kapur barus yang menjadi barangan pertukaran berharga di rantau ini. Bahkan kapur barus yang digunakan dalam menyempurnakan jenazah juga adalah bahan yang mudah diperolehi di rantau ini. Selain daripada itu, rantau ini juga laluan strategik perdagangan antara Timur dan Barat, pusatnya adalah di Selat Melaka. Tempoh antara kurun ke-7 hingga ke-13 Masehi menyaksikan gelombang kemasukan berterusan pedagang yang rata ratanya datang dari Arab, Parsi, Afghanistan dan India. Bahkan pada era ini, iaitu pada tahun 627 Masehi satu rombongan yang terdiri daripada para sahabat Nabi yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah telah berkunjung dan menetap di Riau selama lima tahun sebelum pulang semula ke Madinah.

Gelombang kemasukan Islam ke Nusantara mencapai kemuncaknya pada sekitar abad ke-13, dengan kemasukan mencurah curah semua lapisan masyarakat dengan pelbagai latar belakang seperti ulama dan ahli sufi. Mereka berhijrah ke alam Melayu untuk mencari pelindungan daripada kekejaman tentera Monggol dan peperangan lainnya yang ketika itu berlaku di Asia Barat dan Asia Tengah. Kesannya, orang Islam telah masuk dengan bilangan yang ramai dan mendiami Palembang, Sumatera, Kepulauan Jawa dan Melaka. Pada tahun-tahun berikutnya iaitu pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-17 menyaksikan Islam ters luas ke selu pelosok Nusantar meliputi Tanah Semenanjung, sebahagian wilayah Thailand, Kemboja dan Vietnam, juga ke seluruh kepulauan Nusantara seperti Borneo, Sulawesi, gugusan pulau-pulau Sulu dan Mindanao.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: