JABIR BIN AFLAH – Pembangun Balai Cerap Pertama

Share

Antara Tokoh Islam yang perlu kita kenali iaitu JABIR BIN AFLAH seorang Ahli Astronomi Pembangun Balai Cerap Pertama

Nama lengkapnya adalah Abu Muhammad Jabir bin Aflah. la sering dikaitkan dengan seorang lagi tokoh yang juga bernama Jabir, iaitu Jabir Ibnu Hayyan iaitu seorang ahli kimia abad ke-18 Masihi kerana kedua-duanya mempunyai nama latin yang sama iaitu Ceber. 

Jabir bin Aflah adalah seorang ahli astronomi berpengalaman pada abad pertengahan yang berasal dari Seville (Isybilia). Di Eropah beliaulah astronomi Muslim pertama yang membangun observatory Giralda yang terletak di kota kelahirannya. Jabir bin Aflah meninggal dunia pada tahun 1150 Masihi.

Karya astronomi yang ditinggalkan Jabir sehingga sekarang masih dapat dijumpai adalah Kitab al-Haya’ (The book of astronomy, Buku tentang astronomi). Salinan buku ini terdapat di Berlin dengan judul Ishlah al-Majisti (Correction of Almagest, Pembetulan terhadap Almagest). 

Di dalam buku tersebut, Jabir bin Aflah mengkritik beberapa pandangan dan pemikiran Prolemist, terutama ketika ia menegaskan bahawa planet-planet yang lebih dekat iaitu Mercury dan Venus tidak mempunyai parallex yang dapat dilihat manakala Jabir sendiri memberikan parallex sekitar 3 darjah untuk matahari. Juga dinyatakan juga bahawa planet-planet ini lebih dekat dengan bumi berbanding jarak dengan matahari.

Buku tersebut merupakan catatan berharga dan amat bernilai bagi ilmu astronomi iaitu dengan wujudnya satu bab khusus tentang trigonometri.

Pada bahagian trigonometri sfera, ia mengambil rule of the Four Magnitudes (Aturan Empat Besaran) sebagai landasan untuk turunan rukunnya serta memberikan rumus utama yang kelima untuk sudut segi tiga iaitu cos(A) = cos(A)sin(B). Dalam = trigonometri bidang, ia menyelesaikan soal-soal yang ada dengan bantuan Chord (Penghubung antara dua buah titik dalam sebuah lingkaran) sebagai pengganti dari penggunaan fungsi-fungsi trigonometri: Sin dan Kosin.

Karya labir ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona yang kemudian diterbitkan oleh Fetrus Apianus pada tahun 1534 Masihi di Nuremburg.

Jabir bin Aflah pula orang yang menciptakan bola armillary untuk mengukur kedudukan benda-benda di langit serta mengarang sebuah buku yang menunjukkan kesalahan System Prolemaist dan mencuba memperbaikinya. Jadi tidak hairan jika nama Jabir bin Aflah tercatat dalam bidang astronomi dalam pada masanya. 

Sumber  : Ilmuan Islam (2014), Cetakan EDISI MAIS 2/2019

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: