Keunikan tasik semula jadi terbesar di dunia

Share

BAGI pencinta alam yang gemar bersantai di tepian tasik, Danau Pitch bukan tempatnya. Tasik yang terletak di Trinidad, California, ini berbeza secara total dari tasik lain. la tidak di genangi air jernih, malah tiada tumbuhan menghijau di sekitarnya. Apa yang ada cuma pemandangan hitam pekat kerana tasik tersebut dipenuhi asfalt atau tasik semula jadi terbesar di dunia.


Sir Walter Raleigh yang pertama kali menemuinya pada tahun 1595 turut terkejut dengan pemandangan itu. Suasana aneh ini khabarnya tidak berubah sedikit pun sejak kali pertama ia ditemui sehingga sekarang. Itulah keunikan Tasik Pitch atau turut dikenali dengan nama La Brea.


La Brea memiliki keluasan kira-kira 40 hektar persegi. Tasik ini tidak berisi air, malah permukaan tasik juga tidak berlumpur. la satu-satunya tasik yang dipenuhi dengan bitumen. Kebanyakan longgokan tar ini sudah mengeras dan pengunjung boleh berjalan-jalan di atasnya tanpa perlu rasa bimbang.

Berkunjung ke sini, seolah-olah anda sedang berada di sebuah tempat parkir kereta yang sangat luas. Satu perkara menakjubkan tentang tasik ini ialah meskipun ia kelihatan keras dan kaku, namun entah bagaimana bahagian permukaan tasik tetap hidup. Dikatakan, jika tar ini digali pada kedalaman 40 kaki, lubang itu akan tertimbus sendiri selepas tiga hari kemudiannya.

Bukan itu saja, bahagian bawah permukaan tasik selalu ada pergerakan yang disifatkan agak pelik. Atau dengan kata lain seperti ada kuasa vakum yang menyedut dari bawah permukaan lantai danau. Fenomena pelik ini menyebabkan apa saja benda di sekitarnya seperti dedaun, batang kayu atau haiwan mati akan ditarik secara perlahan-lahan ke dalam tasik.

Selepas beberapa tahun berlalu, sekali lagi kawasan ini akan menunjukkan pemandangan yang mengejutkan. Ini kerana segala sesuatu yang disedut sebelum ini diluahkan semula seperti bahan cerna. Pernah terjadi pada tahun 1828, sepohon pokok besar berusia sekitar 4,000 tahun yang telah lama ditelan tiba-tiba timbul dari tengah-tengah tasik dengan ketinggian kira-kira 10 kaki. Kemudiannya dengan perlahan lahan ia tenggelam semula ke dalam tasik hitam. Apakah sebenarnya yang menyebabkan danau tersebut berkeadaan begitu?


Menurut Pensyarah di Jabatan Geologi dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Mustaffa Kamal Shuib, keadaan unik itu berlaku disebabkan proses alamiah sejak ribuan tahun dahulu. Malah tar di situ juga terbentuk secara semula jadi dan bersifat tulen. Jelas Profesor Madya Mustaffa Kamal, pembentukan tar semula jadi itu berlaku kerana di bahagian bawah tasik terdapat lapisan sedimen (mendapan) yang berasal dari lautan. Sedimen laut, sama ada dari tepi pantai atau laut dalam biasanya mengan dungi paling banyak organisma mati.


Apabila organisma yang pernah hidup di lautan ini tiba-tiba terperangkap dalam mendapan ini, ia akan menjadi fosil. Proses penimbunan sisa-sisa organisma mati sama ada dari sel haiwan atau sel tumbuhan akan melalui proses enapan dan terkumpul lalu membentuk satu lapisan cangkerang.  


Enapan cangkerang ini kemudiannya mengeluarkan bahan larutan organik. Perebutan bahan organik itu akhirnya telah menyumbang kepada pembentukan tar. Proses alamiah ini lebih kurang sama seperti mana pembentukan minyak. Cuma bezanya, tar belum sampai ke tahap menjadi minyak.

Persoalan mengapa bahan berwarna hitam pekat itu keluar dengan sendirinya menjadi danau, Profesor Madya Mustaffa Kamal berkata, kejadian itu berlaku disebabkan kedudukan Tasik Pitch berada berdekatan dengan kawasan gempa bumi dan gunung berapi.


Apabila gempa bumi berlaku, pergerakan plat Bumi berlaku. Kesan pergerakan itu menyebabkan berlaku lipatan pada sedimen ini. Lipatan ini seterusnya mengalami regangan dan terpecah menjadi rekahan. Rekahan ini seterusnya tenggelam seperti jerlus.


Akibatnya, bahan-bahan organik terkumpul di bahagian teras. Malah, kesan daripada perubahan kerak bumi ini telah menekan bahan-bahan organik. Daya tekanan yang terlalu kuat menyebabkan bahan organik yang membentuk tar naik ke atas melalui rekahan-rekahan, seterusnya mengisi kawasan jerlus.

Daripada peristiwa ini lah kenapa tar atau apa saja yang tenggelam boleh keluar dengan sendiri ke permukaan Tasik Pitch. Dan kejadian ini akan terus berulang selagi mana gempa bumi berlaku. Kata Profesor Madya Mustaffa Kamal, Tasik Pitch juga merupakan ka wasan yang banyak mengandungi fosil.

Justeru, jangan terkejut sekiranya tasik unik itu boleh menelan apa saja di sekitarnya. Setelah itu meludahkan nya selepas beberapa bulan atau ta hun tanpa merosakkan keadaan asal haiwan, kayu atau daun yang ditelannya. Ini kerana, tar tidak mengandungi oksigen yang cukup untuk mereput kan pokok atau haiwan mati. Sebab itu, bahan yang tenggelam dalam lapisan tar akan kelihatan seperti di awet setelah timbul semula ke permu kaan danau. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: