Planet Marikh merupakan planet yang keempat jaraknya dari matahari, dalam bahasa Inggeris planet ini dinamakan sempena tuhan peperangan orang Rom. Marikh berwarna merah disebabkan oleh kehadiran besi oksida pada batuan dan tanah.

Sejak ribuan tahun yang dulu, manusia sudah mencerap planet ini, planet Marikh diukir pada siling kubur Firaun Seti Pertama, manakala orang China ketika era Dinasti Zhou dan Qin sudah mencerap pergerakan planet ini.

Kalau dibumi gunung yang tertinggi ialah Gunung Everest yang mencapai 8848 meter manakala di Marikh gunung yang paling tinggi dikenali sebagai Olympus Mons dengan ketinggian yang sangat ekstrem iaitu 21 kilometer, 3 kali lebih tinggi daripada gunung Everest.

Gunung Olympus Mons ini sebenarnya merupakan sebuah gunung berapi, melalui beberapa kajian yang dilakukan, saintis mendapati bahawa gunung ini masih aktif. Tidak dapat dibayangkan kalau gunung terbesar dalam sistem suria ini meletus.

Planet merah ini mempunyai 2 bulan yang bernama Phobos berukuran 22 kilometer dan Deimos 12 kilometer. Satu hari di planet ini bersamaan 24 jam 34 minit manakala 1 tahun di Marikh bersamaan 687 hari di bumi.

Marikh dikatakan akan mempunyai gelang sekitar 20-40 juta tahun lagi disebabkan oleh bulanya Phobos akan ditarik dan pecah oleh graviti planet ini, jadi marikh akan kelihatan seperti plant Zuhal.

Planet yang terletak kira-kira 186.92 juta kilometer dari bumi ini mempunyai ribut pasir yang paling besar dalam sistem suria dan boleh bertahan selama beberapa bulan di planet tersebut.

Manusia telah melakukan pelbagai kajian dan menghantar robot ke planet ini untuk mencari kewujudan air. Saintis yang membuat kajian mendapati planet Marikh menyimpan air pada kawasan kutub dan kemungkinan air tersebut masin untuk mengelakkan dari meruap dan membeku.