Kitab Tatacara Membuat Keris Yang Berusia 250 Tahun

Share

Manuskrip Tok Pulai Chondong BONGKAR Rahsia Keris Tuah Dan Jebat.

Antara naskah tulisan tangan Melayu yg masih terpelihara hari ini ialah *manuskrip Tok Pulai Chondong.*

Siapa sangka naskah tulisan tangan Melayu lama ini menjadi rebutan orang ramai kerana isi kandungan di dalamnya yg mempunyai nilai estetika tersendiri dan tidak ada di dalam mana² manuskrip lain di dunia.

Secara tidak langsung, ia menjadi artifak yg cukup berharga dalam misi membongkar misteri ketamadunan masyarakat Melayu terdahulu.

Difahamkan, manuskrip Melayu lama ini tersimpan rapi di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Soalnya, siapakah penulisnya dan dari manakah asal naskah tulisan tangan ini ditemui?

Apa yang menjadi tanda tanya lagi, kenapa isi kandungannya dianggap sangat istimewa?

Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latiff sehingga hari ini masih tertanya-tanya, dimanakah penulis asal manuskrip yang hebat ini?

Beliau sendiri begitu kagum perkataan-perkataan yang ditulis dalam bahasa Jawi yang cukup mendalam maksudnya.

Mula ditulis sekitar awal abad ke-19, manuskrip Melayu lama ini berasal dari negeri Kelantan.

Ia ditulis oleh Abdul Samad Faqih Abdulllah atau lebih dikenali dengan nama Tok Pulai Chondong yang juga merupakan seorang ulama terbilang negeri tersebut.

Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, manuskrip tersebut merupakan sebuah manual lengkap bagaimana peralatan ini dibuat.

Keris Hang Tuah dan Hang Jebat.

Selain tatacara membuat keris, naskah tulisan tangan ini turut menceritakan tentang kewujudan dua bila keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka Lama.

Ia tertera dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.

Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi:

“Keris Hang Tuah juga turut menerangkan jumlah besi yang digunakan utk membuat dua bilah keris tersebut.

*Bagi Keris Taming Sari sebanyak 20 jenis besi digunakan yang terdiri daripada dua jenis utama iaitu campuran besi kursani dan tahi bintang.*

Manakala bagi Keris Pengkarang, dia dibuat dengan campuran 10 jenis besi dan di antara besi yang digunakan ialah tahi bintang.

Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya, dari manakah Tok Pulai mendapat maklumat tentang dua bilah keris ini?

Jika diteliti tarikh asal manuskrip ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman kerajaan Melaka.

Dan setakat hari ini tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawap persoalan ini.

Menurut Dr. Pauzi, terdapat beberapa cerita lisan pernah menyentuh perkara ini namun terpaksa dirahsiakan bagi menjaga nilai sensiviti pihak, maklumat lisan ini terpaksa dirahsiakan.

Manuskrip ini mempunyai 38 muka surat dan selain ilmu pertukangan keris, ia turut menceritakan tentang *zikir yang diberia nama Hizb al-Bahr.*

*Zikir ini menjadi amalan bagi Tok Pulai Chondong dan sering dibaca oleh golongan pendekar sebelum ke medan tempur.*

Wallahu’alam

Kredit Posting : Izzuddin Al Jitrawiy,

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: