KIRA-KIRA 40 tahun lalu, sekumpulan nelayan laut dalam sedang belayar untuk menangkap ikan di Laut China Selatan. Dalam suasana kekaburan malam dek suasana berkabus dan awan yang gelap mereka hanya berbekalkan cahaya daripada kerlipan lampu pelita minyak tanah sahaja.


Setelah pukat dijatuhkan tiba-tiba kedengaran deruan angin bertiup. Selepas itu diselangi bunyi kibaran layar yang sangat kuat. Dalam kekelaman kabus malam, mereka mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu.


Mereka menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Hairan! Dari arah mana datangnya bunyi itu? Mereka buntu. Sekeliling mereka hanya kelihatan kabus tebal saja.


Anehnya, makin lama bunyi itu makin dekat menghampiri mereka Deruan angin malam makin lama semakin kuat, sehinggakan bulu roma mereka tegak berdiri!


Degupan jantung mereka semakin lama semakin kencang bergoncang Tiba-tiba dalam kekelaman kabus malam muncul sebuah kapal lama yang sangat besar.


Nelayan itu terpaku dengan kehadiran kapal usang dan berlumut. Layarnya yang besar koyak rabak Badan kapal itu sungguh besar sangat menakutkan.


Air laut pada masa itu bergelora dengan kuat. Kapal itu meluncur laju membelah permukaan Laut China Selatan seolah-olah ingin menerpa bot nelayan itu.


Apabila kapal itu semakin men dekat dengan mereka tiba-tiba kapal gergasi itu terus lenyap sekelip mata. keadaan yang bising dengan kibaran layar yang koyak rabak tadi terus bertukar sunyi sepi.


Anak-anak nelayan tadi melepaskan keluhan petanda lega. Dengan pantas pukat diangkat dan mereka terus beredar dari situ.


Pernah sebelum ini mereka mendengar dari rakan-rakan mereka tentang kehadiran kapal berhantu yang selalu melanggar bot-bot nelayan.

Kata mereka kapal berhantu itu adalah The Flying Dutchman yang dimiliki oleh seorang kapten yang bernama Kapten Falkenburg.


Khabarnya kapten kapal itu telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Kononnya, Kapten Falkenburg yang telah di sumpah bersama-sama anak kapal nya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan buat selamanya.


Lautan itu ialah Laut Caribbean, Laut Jepun, Teluk Mexico, Laut Mediterranean, Laut Bering (di Lautan Pasifik), Laut China Selatan. dan Laut Hitam.


Sehingga kini, kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada nakhoda-nakhoda kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka. Jika tidak mereka sengaja menempah maut.


Bagi mengelak daripada sebarang gangguan di laut kebanyakan mereka akan meletakkan ladam kuda di kapal mereka.


Mengikut catatan seorang nakhoda kapal, The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika. Malahan untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya legenda dan cerita rekaan, banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal berhantu ini.


Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Muizenberg, Afrika Selatan. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencaim, Afrika Selatan menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap seketika seolah-olah ingin melanggar batu karang.


Pada Ogos 1942, kemunculan The Flying Dutchman dilihat oleh anak-anak kapal tentera laut, M.H.S Jubilee berhampiran dengan Cape Town, Afrika Selatan.


Kisah dan misteri mengenai kapal hantu The Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Sudah banyak buku ditulis mengangkat cerita legenda ini. bahkan jika anda menonton filem blockbuster, Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007), kapal berhantu ini turut muncul beberapa kali dalam babak filem tersebut.


Sebenarnya kapal berhantu ini bukanlah sebuah cerita dongeng kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar dan disahkan kelasi kapal yang pernah merentasi tujuh lautan berkenaan!