Misteri patung purba bergerak sendiri

Views: 17

SEBUAH patung Mesir purba yang dipamerkan dalam Muzium Manchester di England telah dikesan boleh bergerak dengan sendirinya. Kejadian pelik itu menimbulkan kehairanan ramai pihak dan sehingga kini ia masih menjadi perdebatan hangat di kalangan para sarjana.


Patung LLN-Senu, setinggi 25.4 sentimeter dan bertarikh 1,800 Sebelum Masihi (SM) telah di tempatkan di muzium berkenaan sejak tahun 1933, selepas dijumpai dalam sebuah makam Mesir tidak lama dulu. Berdasarkan kiraan sudah lebih 80 tahun artifak itu disimpan dalam muzium berkenaan. Tapi baru sekarang ia disedari bergerak dengan sendiri.


Menurut Pengurus Muzium Manchester, Campbell Price, beliau sendiri tidak menyedari bila mula-mula patung itu bergerak. Namun, pada satu hari sekitar bulan Februari, artifak itu didapati telah beralih daripada kedudukan asalnya. Price berasa pelik bagaimana patung tersebut beralih posisi kerana hanya dia satu-satunya yang memiliki kunci muzium.


Beliau kemudian meletakkan ia kembali ke tempat asalnya. Mengejut kan, pada hari berikutnya ia telah berpindah sekali lagi seperti mana sebelum-sebelumnya. Pada bulan April, pihak muzium mengambil keputusan untuk cuba menyelesaikan misteri itu dengan memasang kamera CCTV berdekatan artifak.

Sah! Ada satu perkara anomali terjadi pada patung tersebut. Daripada rakaman video yang diambil setiap hari selama seminggu, jelas menunjukkan artifak perlahan-lahan berputar ke kiri dan beralih posisi 180 darjah tepat menghadap ke belakang. Sering berlaku pada waktu siang, tanpa siapa pun mendekatinya.

Persoalannya, mengapa ia berpusing dalam separuh bulatan yang sempurna sehingga menampakkan tulisan pada bahagian belakangnya – meminta persembahan korban, terdiri daripada roti, arak, lembu dan ayam?


Dalam hal ini, masyarakat Mesir kuno percaya bahawa jika mumia di musnahkan, maka patung itu boleh bertindak sebagai saluran alternatif bagi semangat. Mungkin itu antara sebab kenapa perkara tersebut terjadi.


Bagaimanapun, ahli Fizik British, Brian Cox percaya, pergerakan patung bukanlah disebabkan oleh mana-mana kuasa ghaib. Ini kerana pergerakan hanya berlaku pada waktu siang, beliau yakin perkara itu adalah disebabkan oleh getaran yang terhasil dari pada jejak kaki para pelawat muzium.

Dengan kata lain, Cox menggambarkan ia sebagai geseran yang berbeza, di mana melibatkan dua permukaan – batu daripada patung dan rak kaca tempat ia disimpan. 

Akibat berlaku geseran di antara keduanya menyebabkan wujudnya getaran halus hingga membolehkan ia bergerak daripada posisi sebenar. Price pula mengaitkan kejadian itu dengan kuasa magnet. Ini kerana, katanya, patung telah diukir menggunakan steatite atau juga dikenali sebagai soapstone – batu lembut yang sering digunakan untuk ukiran sebelum dibakar. Pada pendapatnya, patung yang melalui proses ini berkemungkinan telah terdedah dengan kuasa magnet.


Jika begitu, kenapa patung lain dalam rak kaca yang sama tidak menunjukkan sebarang pergerakan sama seperti mana artifak misteri itu? Penjelasan saintifik daripada saintis kanan di Exploratorium, San Francisco, Paul Doherty, mengatakan bahawa misteri pergerakan itu adalah disebabkan oleh getaran kayu-slip.


Jelasnya, jika rak kaca tempat menyimpan patung itu bergetar walau pun sedikit, patung akan turut bergerak dalam arah yang sama. Sebagai contoh, apabila seseorang menggunakan pengisar elektrik di atas meja, getaran pengisar boleh menyebabkan cawan yang berhampiran ‘berjalan sendiri.


Tapi kenapa patung berhenti bergerak selepas beralih pada posisi 180 darjah? Doherty percaya, artifak itu berhenti bergerak kerana ia disebabkan oleh berat tidak simetri, di mana salah satu sisi patung itu mempunyai berat yang lebih daripada bahagian lain.


Ketidaksempurnaan dalam patung atau permukaannya telah menyebab kan ketidakseimbangan. Oleh itu, patung akan terus bergerak sehing galah bahagian bawahnya mencapai kedudukan sekata atau lebih stabil.

Ada kemungkinan, kata Doherty, artifak itu mencapai kedudukan seimbang selepas bergerak ke arah 180 darjah. Sebab itulah, ia tidak beralih lagi selepas berada pada posisi tersebut.


Semua penjelasan saintifik itu ada benarnya. Cuma yang masih menimbulkan tanda-tanya ialah, patung tersebut telah diletakkan di tempat yang sama iaitu di atas rak kaca dalam muzium. Selama beberapa dekad ia tidak pernah dipindahkan dan kekal diam di situ.

Kenapa baru sekarang ia bergerak dan beralih kedudukan??? 

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Comment

%d bloggers like this: