MUFTI PERTAMA NEGERI PERAK

Share

DAENG SELILI/DAENG SEDILI : MUFTI PERTAMA NEGERI PERAK

Daeng Selili Ibni La Mata Esso Arung Peneki merupakan seorang putera Raja dari Bugis Melangkae, Sulawesi yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1752).

Daeng Selili adalah satu nama yang cukup gah di negeri Perak. Beliau adalah individu yang dikatakan cukup hebat dalam memerangi pihak lanun yang berleluasa di Pulau Sembilan.

Beliau juga adalah yang dikatakan individu yang mencadangkan sistem penggiliran Sultan Perak yang mempunyai serba sedikit ciri-ciri dari adat Temenggung.

Sekitar 1750an beliau telah dilantik sebagai Mufti Pertama Negeri Perak, dengan gelaran Daeng Selili Haji Besar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya dan menjadi Pembesar di Daerah Pasir Salak yang menggunakan gelaran Dato Maharaja Lela.

Diberi kebenaran untuk memancung kepala sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan syarie’ oleh baginda Sultan Perak.

Ramai keturunan beliau kini berada di sekitar Kuala Kangsar, Perak dan juga menetap diseluruh semenanjung Malaysia.

Yang terkenal antaranya ialah Datuk Maharaja Lela atau Pandak Lam yang membunuh residen British iaitu JWW Birch

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: