Situasi kehidupan manusia seperti sedang berjalan diatas garisan masa..
Dihatinya sentiasa mempunyai kemahuan, cita-cita dan perkara yang menyenangkan..
Dia terus melangkah dengan harapan..Namun, tanpa sedar dia telah berada di hujung garisan masa tersebutBeruntunglah..
Seandainya dalam dia berjalan itu, dia tidak lupa melakukan persediaan untuk kehidupan akhiratnya..
Kerana garisan masa tersebut, tiada u-turn dan ulangan
Selamat pagi indah sahabat
*
1)عَنْ أَنَسٍ، قَالَ خَطَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم خُطُوطًا فَقَالَ
Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membuat beberapa garisan. Kemudian baginda bersabda:
” هَذَا الأَمَلُ وَهَذَا أَجَلُهُ، فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ جَاءَهُ الْخَطُّ الأَقْرَبُ “.
Ini adalah cita-cita dan ini pula adalah ajalnya. Dalam keadaan dia begitu (iaitu masih bercita-cita), garisan yang paling dekat (iaitu ajal) datang kepadanya.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Fi al-Amal wa Thulihi, hadis no: 6418].
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا، وَطُولِ الأَمَلِ “.
Hati seorang yang tua akan kekal muda dalam dua perkara iaitu: Kecintaan kepada dunia dan panjangnya angan-angan.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Man Balagha Sittina Sanah…., hadis no: 6420].
Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ، وَطُولُ الْعُمُرِ
“Anak Adam akan menjadi tua, dan dua perkara akan menjadi besar bersamanya iaitu kecintaan kepada harta dan panjangnya umur. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Man Balagha Sittina Sanah…., hadis no: 6421].
Semoga bermanfaat