Penciptaan mesin rumput yang paling awal

Views: 57

RUMPUT laman anda sudah panjang? Apa lagi, hidupkan mesin dan tarah pendek kesemuanya. 
Pernahkah anda bertanya, siapa yang cipta mesin rumput yang memudahkan kerja anda ituSebenarnya, mesin rumput yang pertama telah dicipta oleh Edwin Beard Budding pada tahun 1830. Edwin merupakan seorang jurutera berasal dari Stroud, Gloucester shire di England.

Edwin mendapat idea selepas melihat sebuah mesin dalam kilang fabrik. Mesin tersebut menggunakan mata pisau berbentuk silinder untuk memotong lebihan kain yang tidak sekata.



Dari situ, Edwin berasakan teknik yang serupa boleh diguna pakai untuk memotong rumput jika mekanismenya ditukarkan kepada bentuk roda yang boleh berpusing.


Bersama John Ferrabee, seorang jurutera tempatan, Edwin mula mencipta mesin rumput dalam sebuah kilang di Stoud.


Mesin rumput pertama di cipta menggunakan besi dan sebuah roda besar yang mempunyai mata pisau di hujungnya. Secara keseluruhan, mesin rumput tersebut tidak banyak bezanya dengan mesin rumput yang digunakan pada masa kini.


Pada tahun 1919, mesin rumput automatik dengan menggunakan gas mula diperkenal dan digunakan.
Sehingga kini, ciptaan mesin rumput pertama Edward Budding masih boleh dilihat di Muzium Stroud, London. 

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Comment

%d bloggers like this: