Peristiwa 12 Jun 1898

Views: 28

Hari ini 124 tahun yang lalu, Filipina mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Sepanyol.

Kepulauan itu dijajah Sepanyol sejak kurun ke-16 hingga lewat kurun ke-13 apabila intelektual & golongan pertengahan bangkit memanggil kemerdekaan. Pada 1892, sebuah kumpulan revolusi, Katipunan, ditubuhkan di pulau Luzon, Manila.

Keahlian Katipunan berkembang dengan dramatik & pada Ogos 1896, pelan mereka terbongkar lalu meletus pemberontakan di serata Luzon. Pada Mac tahun berikutnya, Emilio Aguinaldo menjadi pemimpin pemberontakan tersebut.

Di lewat 1897, kumpulan revolusioner itu ditekan & Aguinaldo berunding dengan Sepanyol, sebagai pertukaran pampasan kewangan & janji pembaharuan di Filipina, Aguinaldo & jeneralnya sanggup dibuang ke Hong Kong. Revolusi terhenti seketika.

Pada April 1898, meletus Perang Sepanyol-Amerika. Armada Pasifik Sepanyol ditumpaskan dalam Perang Teluk Manila pada Mei itu & Aguinaldo berpakat dengan A.S. untuk kembali ke Filipina & membantu mereka menyingkirkan Sepanyol.

Beliau mendarat pada 19 Mei, mengumpul angkatannya & mula membebaskan bandar-bandar di selatan Manila. Pada 12 Jun, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina selepas 300 tahun dijajah Sepanyol & membentuk kerajaan wilayah.

Namun ketika angkatan Aguinaldo mengepung Sepanyol di Manila, skuadron darat A.S. tiba pada Julai & mengambil alih kedudukan. Pada 8 Ogos, Sepanyol menyatakan kesediaan menyerah kepada A.S. dengan syarat angkatan Filipino tidak dibenar memasuki Manila.

Ketika itu, Aguinaldo merangka perlembagaan, yang pertama di Asia, membentuk kerajaan & menjadi Presiden pada Januari 1899. Apabila Sepanyol menyerahkan Filipina kepada A.S., Aguinaldo melancarkan penentangan baharu – kali ini ke atas A.S.

Pada 1902, A.S. mengambil alih pentadbiran Filipina & penentangan berlanjutan selama beberapa tahun. Hanya 44 tahun kemudian, pada 4 Julai 1946, Filipina memperoleh kemerdekaan penuh & membentuk kerajaan Republik.

Aguinaldo mengibarkan bendera Filipina ketika mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol

Sumber: History

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Comment

%d bloggers like this: