Penggunaan sirih pinang boleh dilihat di dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

Bagi para petani sambil berehat selepas penat mengerjakan bendang atau menuai padi mereka memakan sirih sambil berbual-bual. Nelayan membawa bekal sirih pinang semasa turun ke laut untuk menangkap ikan. Di dalam sejarah, para raja di istana memakan sirih sebagai santapan waktu rehat

Sirih pinang memainkan peranan penting di dalam adat istiadat Melayu terutamanya di dalam perkahwinan, bermula dari waktu merisik, pertunangan, menikah, bersanding dan beradu. Bagi setiap peringkat sirih diberi nama-nama yang khusus.

Orang Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus di dalam berkomunikasi. Diantara cara menyampaikan sesuatu hajat atau maksud ialah menggunakan sirih.

1sirihanni.gif (2253 bytes)Hadiah Ibu Bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru tersebut.

1sirihanni.gif (2253 bytes)Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.

1sirihanni.gif (2253 bytes)Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.