Pulau Schiermonnikoog di Belanda

Share

SEBUAH pulau kecil terletak di luar pantai Belanda dikesan ‘tidak duduk diam’ atau dalam istilah lain berkeadaan tidak statik kerana senantiasa bergerak dan berpindah tempat Tanah yang dikelilingi air itu didapati kerap bergerak ke bahagian selatan dan timur.


Bunyinya mungkin agak pelik dan tidak masuk akal. Namun, bukti bahawa pulau tersebut menunjukkan formasi mengejutkan adalah sekitar tahun 1250. Pada tahun tersebut, pulau berkenaan direkodkan berada di dua kilometer (km) ke utara dari kedudukannya saat ini. Jika dalam tempoh 763 tahun, tempat itu telah beralih sebanyak 2 km, ini bermakna pergerakan dikesan sebanyak 2.62 meter setahun daripada posisi asalnya.


Sekarang ini, kawasan tersebut bukan saja telah berpindah tempat, tetapi bentuknya juga berubah dari pada formasi sebelumnya. Demikian lah keanehan yang dilaporkan berlaku pada daratan yang dikelilingi air bernama Pulau Schiermonnikoog.


Pulau ini diberi nama sedemikian kerana suatu masa dahulu ia pernah dihuni oleh para biarawan. Malah, nama Schiermonnikoog juga sebenarnya berasal daripada perkataan sami. Jika diterjemahkan setiap satunya, Schier’ialah perkataan kuno yang bermaksud ‘kelabu’. Perkataan ‘monnik’ pula bererti biarawan atau sami. Manakala ‘oog’ diterjemahkan sebagai pulau. Lalu digabungkan menjadi Schiermonnikoog yang membawa maksud ‘pulau sami kelabu’.

Cuma, benarkah Pulau Schiermonnikoog tidak duduk statik, sebaliknya sering bergerak tempat daripada posi si asalnya? Penjelasan daripada Profesor Dr. Felix Tongkul yang kini merupakan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi di Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Menurut beliau, fenomena pulau yang berpindah atau bergerak ini memang benar terjadi. la sebenarnya suatu kejadian semula jadi bagi sesebuah pulau yang hanya bersifat sementara kewujudannya.


Berdasarkan pemerhatian, Profesor Dr. Felix mendapati Pulau Schiermonnikoog merupakan tanah dikelilingi air yang dibina oleh beting pasir lembut dan belum mengeras. Beting pasir ini biasanya terdedah ke permukaan apabila berlaku penurunan paras air laut atau pengangkatan lantai laut.


Akibatnya, pulau tersebut sentiasa mengalami perubahan dan berubah bentuk asalnya. Hinggakan pada suatu jangka masa tertentu, seluruh komposisinya sudah berubah walau pun posisinya kelihatan tetap sama.


Namun, jelas Profesor Dr. Felix, dalam kes Pulau Schiermonnikoog, pulau ini sebenarnya tidak bergerak, “Pergerakan” yang dimaksudkan berlaku pada tempat ini adalah disebabkan oleh proses hakisan dan pengenapan. Dua perkara ini dikesan berlaku serentak akibat pengaruh arus secara berterusan di tepi pantai yang di hasilkan oleh gabungan ombak dan pasang surut air laut.


Tambahnya lagi, pergerakan pulau ini biasanya selari dengan tepi pantai dan mengikut arah pergerakan arus memanjang. Apabila bahagian pulau terdedah pada arus kuat, hakisan dan pengenapan sedimen akan terjadi di bahagian pulau yang mengalami arus lemah. Sebahagian besar sedimen yang dihakis itu kemudian diendap kan pula semula ke bahagian lain sekitar pulau.


Proses hakisan pengenapan ini akan terjadi secara berterusan selagi ada pengaruh ombak dan pasang surut air laut. Sekiranya kejadian semula jadi ini terus-menerus berlaku, maka perubahan bentuk pulau juga akan terus berubah mengikut persekitaran nya. Faktor inilah yang mengakibat kan bentuk Pulau Schiermonnikoog berubah sedikit demi sedikit setiap hari sehingga dikesan seperti ‘bergerak’

Profesor Dr. Felix berkata, fenomena yang berlaku di Pulau Schiermonnikoog sememangnya boleh berlaku di mana-mana sahaja. Apa yang membezakannya ialah kadar perubahan yang diperhatikan. Di Pulau Schiermonnikoog, kadar hakisan dan pengenapan ini sangat cepat. Ini kerana, pergerakan arus di kawasan itu berlaku tanpa henti, malah sangat kuat. Hinggakan, kita boleh menyaksikan perubahannya selama hayat kita.


Di Malaysia, kata Profesor Dr. Felix, pulau-pulau yang terbina dari beting pasir hanya kelihatan semasa air surut. Begitu pun, formasi pulau sebegini juga mengalami perubahan bentuk. Pulau-pulau bersifat sementara ini, hanya terbina daripada pasir dan kewujudannya boleh dilihat di sepanjang tepi pantai bahagian barat Sabah. 


FAKTA RINGKAS

  • Pulau Schiermonnikoog merupakan taman negara pertama di Belanda
  • Saiz pulau adalah kecil dan rata iaitu 16 kilometer panjang dan 4 kilometer lebar
  • Dalam pulau ini, terdapat perkampungan manusia dinamakan Kampung Schiermonnikoog penduduknya sekitar 1,000 orang
  • Sumber pendapatan pulau ini ialah pelancongan. Dalam tempoh setahun, seramai 300 ribu orang berkunjung ke tempat unik ini
  • Selepas Perang Dunia II, Kerajaan Belanda merampas Schiermonnikoog dan isytiharkan sebagai harta musuh: Pulau ini kemudian bebas pada tahun 1949 dan menjadi sebahagian dari wilayah Friesland di Belanda.

Artikel ini ditulis Oleh  Rosminah Haji Bakkang

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: