ANGKA 7 nyata memiliki magis tersendiri dan istimewa di sisi Allah Malah, angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dan bumi. Telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri dari 7 lapisan, dan dijadikan juga 7 lapisan bumi. 


Angka 7 disebut pertama kali dalam surah al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi:
“Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam surah an-Naba’ ayat 12, firman-Nya yang berbunyi: “Dan Kami bangun di atas kamu tujuh langit yang kukuh.”

Di antara permulaan surah al-Baqarah sehingga ke surah an-Naba’, nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali. Surah al-Fatihah yang merupakan penghulu segala surah, juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.


Rukun solat ke-7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki). Juga, solat diperintahkan apabila kanak-kanak mencapai usia 7 tahun.


Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat raya. Manakala ayat tentang kiamat dalam al-Quran disebut sebanyak 77 kali. Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sai, melontar dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali.


Jangan lupa, Allah juga menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka. Dalam kehidupan manusia pula, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan. Ada 7 hari dalam seminggu. Dikategorikan 7 benua dan 7 lautan di bumi.


Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai ‘safe prime’, iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya. Jangan lupa juga, heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata. Apa lagi ya?


Keindahan pelangi terdiri dari 7 warna. Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekul heptana. Angka 7 juga adalah nilai ‘neutral’ antara sifat asid dan alkali. Manakala atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7. Oh ya, tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepala mempunyai 7 ‘cervical vetebratae.


Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini. la bukan semata-mata unik, malah mengandungi hikmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal manusia.