Ratu Sunandha mati lemas kerana Undang-undang melarang seseorang menyentuh kerabat raja.

Sunandha Kumariratana dilahirkan pada 10 November 1860 sebagai puteri Raja Mongkut dari Siam (Rama IV) dan Putri Permaisuri Piam. 

Dia adalah Permaisuri Ratu pertama Raja Chulalongkorn (Rama V) yang juga saudara tirinya.

Ratu Sunandha Kumariratana mempunyai seorang anak perempuan pada 12 Ogos 1878, bernama Kannabhorn Bejaratana dan dia hamil ketika tragedi melanda pada 31 Mei 1880. 

Semasa dalam perjalanan ke istana musim panas di Bang Pa-In, kapal kerajaan yang dinaiki bersama anak perempuannya telah terbalik.Dia bersama anaknya jatuh ke dalam sungai dan lemas.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ramai rakyat jelata, tetapi mereka tidak dapat membantu. 

Mereka  diperintahkan untuk tidak melakukan apa-apa oleh pegawal dan penjaga kapal. 

Baca Juga :Koleksi cerita manusia di culik makhluk asing

Semua dilarang menyentuh Ratu kerana Undang-Undang Melarang Menyentuh Kerabat Raja yang bermaksud bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan nyawanya ketika kejadian itu.