16 Jun 1884, 138 tahun yang lalu, “roller-coaster” moden yang pertama di A.S. dibuka.

Tunggangan graviti yang pertama dicipta oleh orang Rusia sekitar tahun 1600-an. Pada musim sejuk, mereka akan membina tanjakan tinggi daripada kayu & membasahkannya dengan air, yang kemudian menjadi ais & mereka menggelongsor menuruninya.

Pada 1804, orang Perancis mula menirunya di Paris namun negara mereka tak sesejuk Rusia & ais sukar terbentuk. Maka kereta luncur dengan roda kayu digunakan, dari situlah lahirnya terma “roller-coaster” & mereka mengubahsuai reka bentuk treknya.

Di Amerika, ia berasal daripada laluan rel yang dibina pada 1827 untuk membawa turun arang batu dari lombong di Summit Hill ke Mauch Chunk, Pennsylvania. Apabila lombong baharu dibuka, Mauch Chunk Switchback Railway itu diolah menjadi aktiviti hiburan.

Diinspirasikan daripada itu, LaMarcus Adna Thompson mencipta “roller-coaster”nya di Coney Island, pulau kecil di New York yang menjadi pusat hiburan. Seorang moralis, beliau berhasrat mengalihkan orang ramai daripada hiburan yang berunsur maksiat.

Dinamakan “Switchback Gravity Pleasure Railway,” tunggangan sepanjang 183 meter berkelajuan 9km/j itu dibuka kepada orang ramai pada 16 Jun 1886, dengan bayaran 5 sen sekali naik. Tak sampai 3 minggu, ahli perniagaan itu meraih semula modalnya $1,600.

Bertitik tolak daripada itu, Thompson mempatenkan rekaannya pada 1886 & membina lagi 44 “roller-coaster” di serata Amerika & Eropah. Malah semakin banyak “roller-coaster” dibina oleh pelbagai pihak dengan pelbagai variasi gerabak & reka bentuk treknya.

Sekitar 1920-an, dianggarkan ada 2,000 “roller-coaster” beroperasi di serata A.S. Namun Zaman Emas “roller-coaster” berakhir apabila bermulanya era “Great Depression” di penghujung dekad itu disusuli Perang Dunia II.

Tunggangan hiburan itu kembali hidup apabila Walt Disney membuka taman temanya, Disneyland yang pertama di Anaheim, California pada 1955.

Sumber: History, Britannica, PBS