31 Ogos 1957, hari ini 52 tahun yang lalu, Rukun Negara diisytiharkan.

Sentimen perkauman yang dimainkan pasca Pilihan Raya Umum 1969 mencetuskan detik hitam yang terpahat dalam sejarah negara, huru-hara pada 13 Mei yang meretakkan kestabilan negara hanya selepas 12 tahun kemerdekaan dicapai.

Lantas ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dikepalai oleh Timbalan PM, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Pengarah bersama beberapa orang menteri & ketua-ketua badan kerajaan untuk menjelmakan solusi kepada permasalahan yang berlaku.

Di bawah Mageran, Tun Razak mempengerusikan Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 3 orang menteri (Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin & Tun V.T. Sambanthan) serta wakil-wakil pertubuhan masyarakat dari segenap lapisan.

Mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Januari 1970 & selepas beberapa bulan, majlis tersebut merumuskan sebuah ideologi untuk dijadikan pegangan setiap rakyat Malaysia bagi memastikan seluruh warga menyatu demi objektif dan prinsip yang sama.

Lahirlah Rukun Negara, yang diisytiharkan oleh YDP Agong ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin ketika upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-13 pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara terdiri daripada 2 bahagian:

Bahagian 1: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil…

…di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil & saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya & berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian 2: MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: 1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN; 2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN; 4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG; 5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Sumber: Arkib Negara Malaysia