Rumput dari ulat

Views: 51

JIKA menyentuh mengenai rumput dan ulat, pasti ramai berpendapat kedua duanya ialah hidupan yang berlainan antara satu sama lain. Tapi, bagaimana jika dua hidupan ini tergolong dalam satu spesies yang sama?

Spesies berperwatakan berganda ini diberi nama Yartsa Gunbu.


Namanya sahaja pun sudah cukup pelik, sama seperti karakter yang dimilikinya. la merupakan sejenis spesies ulat beluncas yang mempunyai dua cara hidup unik. 


Pada musim panas, spesies ini akan hidup sebagai ulat di dalam tanah. Ketika musim sejuk pula ia akan keluar daripada habitat lamanya dan bertukar menjadi tumbuhan seperti rumput. Persoalannya, kenapa haiwan itu mengubah dirinya menjadi yang lain?


Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Salmah Yaakop, ‘ulat’ yang dimaksud kan itu merupakan beluncas ataupun peringkat larva yang merujuk kepada satu spesies rama-rama. 


Haiwan ini dikenali sebagai ‘Ghost moth’ atau rama-rama hantu dari genus Thitarodes dan dikelaskan di bawah famili Hepiali dae daripada order Lepidoptera.

Beluncas ini dikenal pasti mempunyai hubungan parasit secara endo parasit (parasit dalaman) dengan spesies kulat Yartsa gunbu dan Cordyceps sinensis. Dalam erti kata lain, larva atau beluncas tadi menjadi perumah secara semula jadi ke atas spesies kulat dan seterusnya akan membiak dan berkembang melalui pembentukan spora.


Secara tidak langsung, perkembangan kulat tadi akan membunuh beluncas dengan cara membaluti atau menutupi permukaan perumah. Apa yang menariknya, pembentukan kulat tersebut hanya akan terbentuk bermula di bahagian segmen hadapan atau kepala beluncas, laitu di bahagian anterior dan kemudian membaluti keseluruhan badannya.Jelas beliau lagi, spesies larva ini banyak ditemui di kawasan pergunungan China yang beraltitud tinggi sekitar 3.000 hingga 5.000 meter daripada paras laut. Kebanyakannya hidup di kawasan pokok renek di sekitar Qing hai Tibet Yunnan dan negara-negara Himalaya seperti Nepal, Bhutan dan Himachal Pradesh di India.


Secara fizikalnya, spesies dewasa biasanya berwarna hitam kecoklatan dan sedikit coklat kemerahan di bahagian posteriornya. Bahagian toraks dan abdomen pula dipenuhi dengan bulu-bulu halus berwarna kekuningan. Manakala larvanya berwarna putih sebelum di infeksi oleh kulat kemudian akan bertukar warna coklat kekuningan apabila mati. Setelah mati, ia di tumbuhi penuh oleh kulat.


Spesies rama-rama ini menjalankan metamorfosis lengkap (holometabola) tu melalui peringkat telur, larva, pupa dan dewasa. Peringat larvanya akan mendapatkan makanan dengan memakan humus-humus dan akar akar kayu pokok Alpine. 


Thitarodes akan melengkapkan perkembangannya dengan mengambil masa yang panjang iaitu dalam tempoh tiga hingga empat tahun.


Tempoh yang lama akan dihabiskan di dalam tanah sebelum menjadi pupa. Dengan kata lain, sepanjang masa itu spesies ini dikatakan berhibernasi. la akan menjadi aktif apabila tiba musim panas untuk mendapatkan sap cairan dari akar pokok. 


Larva yang menetas akan pergi ke permukaan tanah lembap. Ketika itulah ia dihinggapi kulat melalui liang-liang pernafasan larva.


Infestasi kulat terhadap larva yang berhibernasi berlaku secara perlahan sepanjang musim sejuk. Kemusnahan larva berada di peringkat teruk apa bila keseluruhan badannya dibaluti dengan kulat. Atas faktor tersebut, larva akan kelihatan mati di bahagian lubang yang digali. Larva yang tidak mengalami infestasi kulat akan keluar menjadi dewasa dan meneruskan kitar hidupnya.


Umumnya, ulat ini merupakan perumah kepada spesies kulat yang sangat popular iaitu kulat perubatan. Ia diguna pakai secara meluas oleh perubatan tradisional China dan Tibet. Meskipun, masih tiada percubaan secara klinikal bagi membuktikan keberkesanannya, ia diakui ramai amat berguna dalam perubatan herba. 


Antara kebaikan nya dipercayai dapat mengurangkan keletihan, batuk dan barah. Pengamal perubatan herba beranggapan kulat ini mampu mengawal atur dan memperbaiki sistem imun, sekali gus dapat memanjangkan usia seseorang.


Selain itu, spesies Cordyceps ini turut diyakini mampu memperbaiki ginjal dan meningkat tenaga batin. Di Samping, digunakan sebagai makanan tambahan bagi memulihkan sistem pernafasan dan penyakit asma.
Harga spesies Cordyceps sinensis adalah sangat mahal, sama seperti nilai emas. Percaya atau tidak harganya boleh mencecah $15,000 dolar per kilogram mengikut kualiti. Atas sebab itu, ia kini telah menjadi sumber pendapatan utama bagi mereka yang tinggal di kawasan pendalaman China dan Himalaya.

Related Posts

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: