SECARA umum, darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O. Tapi, siapa orang pertama yang mengetahui bahawa darah manusia berbeza-beza, lalu mengklasifikasikan kumpulan darah menjadi sebegitu rupa?


Pada tahun 1901, seorang saintis dari Austria, Karl Landsteiner, begitu tekun menjalankan penelitian mengenai anatomi abnormal dan kekebalan tubuh. Saat itulah dia mendapati bahawa darah manusia sebenarnya berbeza-beza, walaupun mempunyai warna yang sama. 

Kerana wujud perbezaan, beliau cuba mengklasifikasikan kumpulan darah menjadi ABO atau A, B, AB dan O. Penemuannya itu menjadi sangat terkenal dan ia telah digunakan sehingga ke hari ini. Soalnya, kenapa kumpulan darah berbeza sedangkan warna darah semuanya sama iaitu merah. 

Apakah sebenarnya yang membezakan antara jenis-jenis darah tersebut? Menurut Pensyarah di Fakulti Sains Gunaan dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr. Zainon Mohd. Noor, darah manusia adalah cecair tisu berwarna merah. 

Semua jenis darah mempunyai fungsi yang sama iaitu menghantar oksigen ke seluruh tubuh. la juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai sistem imunisasi. 

Imunisasi ini bertujuan untuk mempertahankan badan daripada jangkitan kuman. Adapun yang membezakan antara kumpulan darah ialah disebabkan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Kumpulan darah manusia juga di tentukan berdasarkan jenis antigen dan antibodi yang terkandung dalam darah. 

Disebabkan perbezaan antigen dan antibodi inilah mengapa kumpulan darah dipaten kan menjadi A, B, AB dan O. Tapi tahukah anda bahawa dari pada keempat-empat jenis darah tersebut masing-masing dikatakan menyimpan rahsia yang jarang diketahui ramai? Di Jepun, ramalan hidup seseorang itu ditentukan oleh jenis darahnya, berbanding zodiak. 

Malah, daripada jenis darah juga dikatakan dapat memberikan gambaran tentang jodoh, kesihatan, kepintaran dan perangai seseorang. Misalnya, darah A memiliki sikap selalu cemas berbanding jenis darah B yang lebih santai. Darah O pula selalu tidak mahu mengalah, manakala darah AB agak unik dan berkeperibadian berganda. 

Dari segi kepintaran,darah jenis O adalah golongan yang paling kuat ingatannya. Diikuti darah AB, A dan B. Orang Jepun juga percaya bahawa mereka yang memiliki darah jenis O cepat gemuk kerana nafsu makan be sar berbanding mereka yang berdarah B, A dan AB. 

Mereka berdarah O juga mempunyai risiko seperti selalu di gigit nyamuk, mudah demam, batuk dan cepat botak. Orang berdarah O juga dipercayai akan panjang umur dan mudah stres berbanding mereka dalam kumpulan darah A, B dan AB.

Alasan kenapa mereka percaya akan hal itu adalah kerana kumpulan darah juga ditentukan oleh protein protein tertentu. Zat yang membangunkan semua sel dalam tubuh ini lah yang menentukan psikologi seseorang. 

Namun, sejauh manakah kebe narannya daripada sudut saintifik? Jelas Dr. Zainon, sukar untuk menentukan mana satu kumpulan darah yang paling sihat atau pun tidak. Tambahan pula, tiada kajian seumpamanya pernah dijalankan sebelum ini. 

Ramalan orang Jepun yang mempercayai bahawa darah jenis O sering mendapat kedudukan pertama berbanding kumpulan darah lain mungkin ada sebabnya. Berdasarkan purata, mereka yang memiliki darah jenis O lebih ramai daripada pemilik darah AB yang sangat sedikit jumlahnya. Manakala peratus penduduk Bumi yang berdarah jenis A dan B pula adalah sederhana.


Dalam sebuah karangan bertajuk Founder of blood ABO Blood Group, tulisan Dr. Peter J. D Adamo ada menerangkan bahawa semua manusia sebenarnya bermula dengan darah jenis O. Kenapa darah tersebut diklasifikasikan dengan huruf sebegitu kerana menurut Dr. Adamo, ia adalah bermaksud original, asal atau tulen. 

Setelah manusia mengalami era perubahan ketamadunan, cara hidup dan pemakanan, darah jenis kedua, iaitu A pula wujud. Tidak lama selepas itu disusuli pula dengan darah jenis B dan yang terakhir sekali AB.


Justeru, kata Dr. Zainon, jika difikir kan secara logik, sudah tentulah orang berdarah O sering dikaitkan dengan hal-hal tertentu kerana populasi mereka lebih ramai jika dibandingkan dengan jenis darah AB. Ramalan orang Jepun itu mungkin kepercayaan yang tidak mutlak. Ini kerana sikap, kepintaran dan kesihatan boleh dipengaruhi oleh faktor keturunan atau kromosom ibu bapa.


Kromosom adalah pembawa sifat keturunan. Oleh itu, tidak dapat disimpulkan seratus peratus semua yang berlaku ke atas seseorang hanya daripada kumpulan darah saja. Adapun yang terjadi tepat seperti ramalan itu mungkin berlaku secara ke betulan saja.