SEJARAH RINGKAS PAHLAWAN MELAKA 5 BERSAUDARA

Views: 29

Pahlawan Melaka 5 bersaudara memang tidak asing di dalam minda peminat sejarah. Mereka merupakan pahlawan Melayu yang mempunyai karakter yang berbeza tetapi mempunyai ikatan persaudaraan yang amat kuat. Kumpulan ini terbentuk setelah

Hang Tuah dikatakan dilahirkan di Sungai Duyung. Adapun bapa beliau bernama Hang Mahmud sementara ibunya bernama Dang Merdu. Beliau berpindah ke Bintan dari Melaka ketika beliau berusia 10 tahun. Di Bintan, beliau telah berkawan dengan Hang Jebat bin Hang Dollah, Hang Kasturi bin Hang Mesamut, Hang Lekir bin Hang Mansur dan Hang Lekiu bin Hang Shamsu.

Setelah mereka berkenalan, barulah kumpulan lima pahlawan Melayu ini dibentuk dan berikrar antara satu sama lain sebagai saudara kandung. Sejak dari kecil, mereka didedahkan dengan sampan dan laut. Dikatakan mereka pernah mendayung sampan dari Pulau Tinggi dan Temasik. Ke mana mereka pergi akan tetap bersama walaupun ketika menuntut ilmu agama atau mempelajari ilmu bela diri.

Ketika di Bintan, mereka berlima telah mendengar berita tentang kehebatan seorang guru silat yang berada di Bukit Panau di utara Semenanjung. Mereka membuat keputusan untuk menuntut ilmu bela diri sebagai persiapan diri dari ancaman musuh. Adapun guru silat tersebut bernama Dang Adi Putra atau nama sebenarnya Syeikh Thana’uddin, adik kepada Syeikh Hussein Jamadil al-Kubra (pelopor dan leluhur Wali Sembilan/Wali Songo). Mereka diajar oleh Sang Adi Putra ilmu yang dikenali sebagai Ilmu Segala Perajurit dan Hulubalang yang merupakan ilmu pengetahuan para pejuang dan pengawal. Walaupun mereka dalam usia yang sangat muda, mereka begitu lincah dalam setiap geri dan paling menyerlah di antara mereka dalam menguasai ilmu seni bela diri adalah Hang Tuah.

Setelah tamat pengajian ilmu bela diri, mereka meneruskan hasrat untuk menuntut ilmu tentang kebijaksanaan dan ilmu tektik ketenteraan dari seorang guru yang bernama Sang Persanta Nala. Sang Pesanta Nala memberi ingatan kepada mereka supaya berjanji untuk tidak mengajarkan ilmu itu kepada sesiapa dan membawa bersama sehingga ke liang lahad. Setelah mereka menguasai ilmu tektik ketenteraan, mereka berguru pula kepada seorang guru yang bernama Syeikh Mansur yang mengajari mereka ilmu mendalam mengenai segala jenis senjata.

Beberapa tahun kemudian, mereka pun pulang ke Bintan setelah habis berguru dengan Syeikh Mansur. Ketika mereka tiba di pekan sari, terjadi peristiwa amukan dari lanun² selat. Maka mereka pun campur tangan untuk meredakan keadaan. Dengan jurus yang mereka pelajari dari Sang Adi Putra, maka para lanun dapat ditewaskan. Kebetulan peristiwa itu telah disaksikan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak dan para pengiringnya.

Dari peristiwa itulah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu diangkat menjadi pahlawan Melayu Melaka oleh Sultan Mansur Syah setelah Bendahara Tun Perak menceritakan apa yang terjadi di pekan sari Bintan. Oleh kerana Hang Tuah yang paling menonjol maka Sultan Mansur Syah telah melantik Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka dan menganugerahkan beliau sebilah keris bernama “Keris Tempa Melaka” sementara keempat saudaranya diangkat sebagai Bentara. Menurut cerita yang disampaikan sejak zaman berzaman, Keris Tempa Melaka adalah keris utama Hang Tuah yang digunakan untuk bertempur, dengan bilah mata keris sepanjang 33 inci.

Sejak itu, setiap kali beliau mengembara menjalankan tugas ke kerajaan atau negara jiran, Hang Tuah selalu membawa 2 senjata yang berbeza iaitu senjata pemberian Syeikh Mansur dan pemberian Sultan Mansur Syah. Senjata-senjata ini adalah simbol kedudukannya dan juga alat praktikal untuk bertempur sekiranya terdapat serangan lanun ataupun di sepanjang persisiran pantai dan perairan Asia Tenggara yang berbahaya.

Ketika Hang Tuah berkunjung ke Majapahit bersama Sultan Mansur Syah, beliau pernah beradu tenaga dengan seorang pendekar Majapahit yang memiliki keris buatan Empu Sari yang bernama “Keris Taming Sari”. Keris ini dikatakan mempunyai tenaga dan aura yang keras dan siapa saja yang memilikinya akan kebal. Tetapi dengan kebijaksanaan Hang Tuah, maka beliau dapat merampas Keris Taming Sari lalu membunuh pendekar Majapahit tersebut. Akhirnya keris tersebut telah menjadi milik Hang Tuah setelah ia diserahkan oleh Raja Majapahit sendiri kepadanya.

Pada masa yang sama Empu Sari selaku Empu Keris telah menghadiahkan keris buatannya yang mempunyai aura tersendiri kepada keempat sahabat Hang Tuah. Hang Jebat telah diberi keris bernama “Keris Hati Sunyi”, Hang Kasturi mendapat keris bernama “Keris Damping Malam”, Hang Lekir mendapat keris bernama “Keris Api Lalang” dan Hang Lekiu mendapat keris bernama “Keris Pujuk Hitam”. Keris Api Lalang dikatakan keris 9 luk dan Keris Hati Sunyi merupakan keris 13 luk.

Sejak mereka memiliki keris masing-masing, mereka pun menjalankan tanggungjawab dengan taat dan setia kepada sultan sehingga saat pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Hang Jebat dikatakan tewas ditangan Hang Tuah angkara fitnah.

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Comment

%d bloggers like this: