VILLA berhantu di Pulau Gaiola

Share

“TERLETAK di Teluk Naples, Itali, Pulau Gaiola merupakan salah satu kawasan yang dilindungi di kawasan Taman Bawah Laut Gaiola. Persekitarannya yang cantik dan terletak hanya 30 meter dari kaki pantai menjadikan ia salah satu pulau tumpuan pengunjung sewaktu musim panas.


Pulau Gaiola merupakan sebuah pulau kecil dan terletak bersebelahan pulau lain, yakni Pulau Euplea. Kedua-dua pulau ini disambungkan dengan sebuah jambatan kecil.


Namun, sebuah vila misteri tidak berpenghuni yang terdapat di Pulau Gaiola lebih popular diperkatakan sejak dulu lagi. Kononnya, sesiapa yang membeli vila itu pasti akan di timpa nasib malang.
Ramai yang mengaitkan vila tersebut dengan sumpahan yang konon nya masih menghantui kawasan kepulauan Gaiola sehingga ke hari ini.


Sejarah mengatakan, Pulau Gaiola pertama kali didiami oleh seorang pertapa yang juga dianggap sebagai ahli sihir oleh penduduk setempat pada kurun ke-19.
Mengikut cerita, siri sumpahan bermula sekitar tahun 1920-an. Waktu itu, Pulau Gaiola dimiliki seorang lelaki Swiss bernama Hans Braun. Dia ditemui mati dibunuh dalam keadaan mayat dibalut dengan permaidani. 

Tidak lama selepas kejadian tersebut, isterinya pula ditemui mati lemas di dalam laut tidak jauh dari pulau tersebut. Punca kematian tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.


Pemilik vila seterusnya ialah seorang lelaki Jerman, juga meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berada di dalam vila tersebut.Nasib serupa melanda pemilik vila yang baru iaitu Maurice Yves Sandoz. Dia yang merupakan pengusaha bidang farmasi akhirnya membunuh diri di sebuah hospital mental di Switzerland.


Masih belum puas ‘memburu’ mangsa baru, pemilik seterusnya ialah seorang pengusaha kilang besi, Barol Karl Paul Langheim. Beliau dihantui oleh masalah ekonomi selepas membeli vila di Pulau Gaiola. 
Dia akhirnya jatuh miskin dan villa itu beralih tangan kepada Gianny Agnelli. Namun, nasib malang mula menimpa Gianny apabila ahli keluarganya meninggal dunia seorang demi seorang.


Kemudian, vila Pulau Gaiola bertukar milik kepada seorang jutawan bernama Paul Getty. Dia turut mengalami kejadian malang selepas memiliki pulau tersebut apabila cucunya diculik.


Pemilik terakhir yang sempat dire kodkan ialah Gianpasquale Grappone yang turut tidak terlepas daripada tempias sumpahan. Dia telah dipenjara kan kerana syarikat insuransnya jatuh muflis. 

Sehingga ke hari ini, tiada sesiapa lagi yang berani dan berminat untuk memiliki vila di pulau berhantu itu walaupun keadaan geografinya yang cantik dan menarik Pulau Gaiola dan vila di dalamnya akhirnya kini dibiarkan sepi tanpa penghuni.

Pada tahun 2009, sekali lagi pulau ini jadi bualan orang ramai apabila Franco Ambrosio dan isterinya Gio vanna Sacco, pemilik sebuah vila yang berhadapan dengan pulau berhantu itu mati dibunuh dengan misteri.


Walaupun terkenal dengan pelbagai julukan cerita sebagai kawasan yang disumpah, pulau ini masih menerima kunjungan pelancong dari pada seluruh pelosok dunia saban hari.


Jangan risau, sumpahan tidak menimpa para pelancong yang datang menjejakkan kaki ke pulau itu. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: