Tempat Menarik di Perak

Perak, juga dikenali sebagai Tanah Rahmat adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Kedah, Pahang dan Selangor. Selain daripada menjadi tuan rumah kepada beberapa masakan yang terbaik di Malaysia, Perak juga terkenal dengan gua batu kapur dan keindahan alam semula jadinya. Dengan begitu banyak tempat untuk dikunjungi di sini, berikut ialah tempat menarik di Perak yang perlu anda lawati.

  • Bagan Datuk
  • Batu Gajah
  • Gopeng
  • Ipoh
  • Kampar
  • Kuala Kangsar
  • Kuala Sepetang
  • Manjung
  • Sitiawan
  • Taiping
  • Teluk Intan

Bagan Datuk

1. Blue Tears

Saksikan fenomena ‘Blue Tears’ di Pulau Sembilan, di mana air laut bersinar dengan warna biru neon ketika ada pergerakan air. Cahaya biru yang berhampiran pantai ini berasal daripada sejenis phytoplankton yang memberikan pemandangan yang menakjubkan pada waktu malam, sejurus menjadikannya salah satu tempat menarik di Perak yang mesti dilawati. Jika anda ingin melihat fenomena ini, anda perlu menbeli pakej lawatan berpandu dari agensi tempatan terlebih dahulu.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Tertakluk pada harga lawatan berpandu

Batu Gajah

2. Istana Kellie

Istana Kellie terletak di Batu Gajah dan dibina oleh pemilik ladang getah Scotland dengan nama William Kellie Smith untuk meraikan kelahiran anaknya. Malangnya, pembinaan itu tidak pernah selesai kerana William Kellie Smith meninggal dunia akibat pneunomia semasa pembinaan dan apa yang berdiri hari ini ialah bukti cinta, tragedi dan misteri keluarga Smith. Mercu tanda megah ini juga dikatakan sebagai salah satu daripada tempat menarik di Perak yang berhantu yang menarik minat banyak pengunjung.

Waktu Operasi: Tertakluk pada harga lawatan berpandu
Harga Tiket: Percuma

Gopeng

3. Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng


Gaharu ialah kayu yang terkenal untuk haruman dan ciri-ciri perubatannya yang berbeza. Untuk memastikan kualiti yang tertinggi untuk kayu ini, Lembah Teh Gaharu ditubuhkan untuk meniru ekosistem semula jadi seperti memperkenalkan sebilangan besar cacing tanah di dalam tanah. Kawasan ini agak luas dengan lebih daripada 200,000 pokok dan anda boleh melawat tempat menarik di Perak ini bukan sahaja untuk melihat bagaimana tanaman di sini dijaga, tetapi juga untuk merasai teh Gaharu yang organik.

Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pg – 6:00 ptg
Harga Tiket: Percuma

4. Gopeng White Water Rafting

Sekiranya anda suka aktiviti luar yang lasak, anda akan berasa gembira untuk mengetahui bahawa anda boleh menikmati ‘white water rafting’ di Gopeng. Sungai yang jernih ini akan memberikan anda pengalaman ‘white water rafting’ yang tidak terlalu sukar dan sesuai untuk semua orang. Terletak hanya 15 minit dari Ipoh, anda boleh memandu ke lokasi ini, atau memilih untuk dipandu dari hotel anda.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Tertakluk pada harga lawatan berpandu

Ipoh

Ipoh, “ibu kota hipster Malaysia”, adalah tempat percutian yang sesuai untuk sesiapa yang sedang mencari tempat dengan gabungan ideal alam semula jadi dan struktur bersejarah dan moden. Bandar ini mempunyai pelbagai benda yang ditawarkan, dari gua batu kapur, tokong gua, spa mata air panas dan tapak bersejarah ke beberapa seni jalanan kontemporari dan kafe yang paling bergaya. Bukan itu sahaja, anda akan gembira untuk mengetahui bahawa Ipoh ialah ibu kota makanan kedua di Malaysia selepas Pulau Pinang, jadi anda pasti akan menemui sesuatu yang mengujakan cita rasa anda.

5. Sunway Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun adalah sebuah taman tema yang agak serupa dengan Sunway Lagoon, taman tema yang terletak di Selangor. Ia mempunyai taman kering yang termasuk tunggangan luaran, taman basah di mana terletaknya semua tarikan air dan safari juga. Walaubagaimanapun, apa yang membezakan Sunway Lost World of Tambun berbeza ialah spa air panas mineral semula jadi yang mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan masalah kulit, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan.

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:00 pg – 6:00 ptg
Harga Tiket: Dewasa – RM117 | Kanak-kanak – RM110 (termasuk warga emas)

6. Tokong Gua Perak Tong

Dengan sejarah yang bermula dari tahun 1926, Tokong Gua Perak Tong ialah salah satu tempat menarik di Perak yang paling popular di mana orang dari seluruh tempat datang untuk berdoa dan berkat. Di kawasan tokong ini, anda akan dapat melihat ukiran dan lukisan perjalanan Buddha yang rumit di sini. Selain itu, terdapat juga Buddha emas setinggi 40 kaki yang duduk dalam kedudukan teratai di salah satu gua di sini.

Waktu Operasi: Dewasa – RM117 | Kanak-kanak – RM110 (termasuk warga emas)
Harga Tiket: RM10

7. Gua Tempurung

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia mendapat namanya dari 5 kubah besar di dalam gua yang menyerupai tempurung kelapa. Gua berusia 400 juta tahun ini juga merupakan tempat yang popular dalam kalangan pendaki gunung dan peminat gua untuk pembentukan guanya yang berbeza. Di luar gua, anda boleh mendaftar untuk lawatan penerokaan gua yang mempunyai pelbagai tahap kesukaran.

Waktu Operasi: RM10
Harga Tiket: Tertakluk pada harga lawatan berpandu

8. Taman Rekreasi Gunung Lang

Satu lagi tempat menarik di Perak yang popular ialah Taman Rekreasi Gunung Lang yang meliputi kawasan seluas 30.35 hektar. Tarikan utama taman ini ialah air terjun buatan manusia yang turun dari bukit batu kapur, laluan sepanjang 2km di atas paya dan menara tinjauan untuk anda menikmati pandangan mata burung tempat ini. Ia juga mempunyai tasik yang meliputi sekitar separuh daripada kawasan taman. Beberapa kemudahan lain yang boleh dapati di sini termasuk taman permainan kanak-kanak, zoo mini dan tapak perkhemahan bagi mereka yang ingin menginap di sini.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 8:00 pg – 12:00 tgh (1:30 ptg – 7:00 ptg) | Jumaat, 8:00 pg – 12:00 tgh (2:45 ptg – 4:00 ptg) | Sabtu – Ahad (dan cuti umum), 8:00 pg – 6:30 ptg
Harga Tiket: Percuma

9. Menara Jam Memorial Birch

Menara jam ini dibina pada tahun 1909 oleh James W. W. Birch dengan kos $25,000 di tengah-tengah dataran. Menara ini kebanyakannya dicat dengan warna putih dengan hiasan hitam, mempunyai satu loceng besar dan 4 loceng yang lebih kecil, dan 4 panel. Setiap panel menggambarkan unsur-unsur fasa tamadun manusia yang berbeza seperti Zaman Batu, Mediterranean Timur, Empayar Byzantine, dan sains moden, seni dan perkhidmatan sosial.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

10. Muzium Ho Yan Hor

Ho Yan Hor ialah jenama teh herba Cina yang terkenal di Malaysia dengan sejarah sejak tahun 1941. Muzium ini menempatkan warisan ahli herba berwawasan, Dr. Ho Kai Cheong, perjalanan seorang imigran Cina dalam menyempurnakan resepi teh herbanya. Pada akhir lawatan anda di sini, anda akan diberikan tiga cawan teh herba yang berbeza untuk dicuba.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 10:00 pg – 4:00 ptg
Harga Tiket: Percuma

11. Concubine Lane

Dikatakan bahawa lorong-lorong ini telah diberikan oleh hartawan perlombongan kepada 3 isterinya sebagai hadiah selepas kebakaran memusnahkan bandar lama pada tahun 1892, sebelum ia dibina semula dengan lorong-lorong kedai. Itulah sebabnya mengapa Concubine Lane yang anda lihat pada hari ini mempunyai 3 lorong utama. Sejak kebelakangan ini, kerajaan negeri telah menghidupkan semula lorong-lorong ini untuk menjadi salah satu tempat warisan utama di Perak yang terkenal untuk mural, kafe khusus dan hotel butik mereka.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

12. Laluan Seni Mural Ipoh


Jika anda ingin melihat beberapa seni jalanan di Ipoh, anda boleh menyertai Laluan Seni Mural Ipoh untuk memburu seni dinding yang dilukis oleh artis-artis tempatan dan asing. Anda boleh mendapatkan peta dari Pejabat Pelancongan Ipoh untuk mencari lokasi sebenar mural ini. Antara mural popular yang anda dapat cari di sini ialah ‘Paper Plane’ dan ‘Old Uncle Drinking Coffee’.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

13. Gerbang Malam Ipoh

Gerbang Malam Ipoh ialah sebuah pasar malam yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Jika anda sedang mencari barangan yang murah, anda akan gembira mengetahui bahawa anda boleh menemuinya di sini, barangan seperti makanan ringan, pakaian, kraf tangan dan baju juga. Selain itu, anda juga boleh makan malam di salah satu daripada banyak restoran yang terkenal yang terletak berhampiran dengan jalan ini.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 ptg – 12:00 pg
Harga Tiket: Percuma

14. Pasar Artisan Kong Heng Square

Salah satu tempat yang lebih unik dan aneh untuk anak-anak muda melawat ialah Kong Heng Square. Apa yang membuatkan tempat ini menonjol dari tempat menarik di Perak yang lain adalah bagaimana mereka membangunkan semula tempat ini sambil mengekalkan sejarahnya. Terletak di sebelah restoran, ‘Plan B’, anda akan menemui kedai-kedai kecil yang menjual seni dan kraf, dan makanan tradisional yang unik seperti ais kepal.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pg – 12:00 pg
Harga Tiket: Percuma

15. Banjaran Hotsprings Retreat

Ipoh adalah terkenal untuk mata air panasnya, dan ia tidak menghairankan untuk mendapati bahawa sebuah hotel telah dibina di landskap yang luar biasa ini dengan mata air panas dan bukit-bukit batu kapurnya. Banjaran Hotsprings Retreat adalah salah satu resort yang mewah di daerah ini yang menawarkan kesempatan untuk merehatkan diri di tempat yang tenang ini. Antara benda yang akan anda jumpai di sini adalah salah satu bar wain yang paling unik di dunia, pusat urutan, spa dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Tertakluk pada harga hotel

16. Stesen Keretapi Ipoh

Pada asalnya dibina untuk menjadi sebuah hospital, ia kemudiannya ditukar menjadi stesen keretapi. Juga dikenali sebagai ‘Taj Mahal dari Ipoh’ oleh penduduk tempatan, ia merupakan salah satu stesen yang tertua di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai pusat pengangkutan utama di Ipoh untuk penduduk tempatan dan warga asing. Stesen ini juga mempunyai sebuah hotel, Hotel Majestic yang dilengkapi dengan bar, restoran dan bilik-bilik di mana pelancong yang letih boleh menyegarkan diri.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pg – 10:00 mlm
Harga Tiket: Percuma

17. Time Tunnel Ipoh

Sering dikatakan sebagai salah satu muzium yang terbaik di Ipoh, ‘Time Tunnel Ipoh’ memberikan pengalaman masa lalu Malaysia kepada pengunjungnya. Terletak di tingkat satu rumah kedai di Jalan Panglima, ia mereplikasikan suasana rumah, jalan-jalan lama dan banyak lagi pada tahun 1940-an. Sebagai bonus tambahan, satu lagi tempat menarik di Perak yang terkenal, KooKee Ipoh Oldtown terletak di tingkat bawah bangunan yang sama.

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 9:00 pg – 4:30 ptg
Harga Tiket: Dewasa – RM6 | Kanak-kanak – RM4

Kampar

18. Bandar Agacia, Kampar


Jika anda sentiasa bermimpi untuk pergi ke Disneyland, anda akan berasa gembira mengetahui tentang Bandar Agacia, Kampar, salah satu tempat menarik di Perak yang paling popular. Dimodelkan mengikut Main Street di Hong Kong Disneyland, dinding-dinding bangunan di sini dicat dengan warna pastel untuk memberikan anda latar belakang foto yang sempurna. Selain itu, terdapat juga kafe bertema Disney dan replika ‘Walk of Fame’ yang terkenal di Hollywood.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

19. Cerobong Kilang Karbida Jepun


Satu lagi tarikan sejarah yang perlu anda lihat ialah Terowong Kilang Karbida Jepun yang terletak di Malim Nawar. Semasa Perang Dunia Ke-2, Jepun menggunakan kilang ini untuk menghasilkan senjata dan peralatan ketenteraan. Hari ini, apa yang tinggal dari kilang ini ialah cerobong bata yang setinggi 18m dan sebuah rumah penjaga kecil.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

Kuala Kangsar

20. Jambatan Victoria

Dibina 40 kaki di atas tanah, Jambatan Victoria adalah salah satu jambatan keretapi yang tertua di Malaysia. Dibuka secara rasminya oleh Sultan Perak pada tahun 1900, jambatan keretapi ini dibina untuk menyokong industri perlombongan timah tempatan. Tempat warisan ini masih digunakan sehingga tahun 2002, apabila jambatan yang lebih besar dan lebih luas dibina untuk mengendalikan lebih banyak trafik kereta api.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

21. Masjid Ubudiah

(sumber: tourismperakmalaysia.com)

Dikenali sebagai salah satu masjid yang terindah di Malaysia, Masjid Ubudiah terletak di Makam Diraja Bukit Chandan. Direka oleh arkitek kerajaan, Arthur Benison Hubback, apa yang membuat masjid ini menonjol ialah kubah dan menara emasnya. Disiapkan pada tahun 1917 dengan kos RM200,000, tempat menarik di Perak ini kini menjadi simbol kebanggaan yang besar kepada semua umat Islam di negeri ini.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

Kuala Sepetang

22. Hutan Paya Laut Matang


Merangkumi kawasan seluas 40,000 hektar dan kerana kepentingannya, Hutan Paya Laut Matang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh kerajaan negeri pada tahun 1906. Disebabkan usaha aktif kerajaan dalam memelihara hutan bakau ini, Hutan Paya Laut Matang diiktiraf sebagai salah satu ekosistem paya laut yang paling berjaya di dunia. Jika anda melawat tempat ini, anda boleh berjalan melalui hutan tebal di atas jambatan kayu.

Selain itu, di hujung utara hutan ini ialah Tempat Perlindungan Burung Kuala Gula, di mana anda boleh menemui lebih daripada 160 spesies burung. Jika itu tidak cukup menakjubkan dan jika anda bernasib baik, anda boleh melihat ikan lumba-lumba dan dugong berenang di sepanjang muara sungai dan delta sungai. Akhirnya, jika anda ingin mengalami malam yang indah di sini, anda boleh menyertai lawatan ke sungai untuk melihat kunang-kunang.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

Manjung

23. Kubu Belanda


Terletak di Pulau Pangkor, ini merupakan sisa kubu Belanda lama yang dibina pada tahun 1670 untuk penyimpanan dan perlindungan bekalan timah. Dimusnahkan pada tahun 1690 oleh orang Melayu kerana percubaan Belanda untuk memonopoli perdagangan bijih timah, ia dibina semula oleh pihak Belanda pada tahun 1743, sebelum ia ditinggalkan pada tahun 1748. Kerajaan negeri kemudiannya membina semula kubu ini pada tahun 1973 sebagai monumen warisan yang penting dan tarikan pelancong.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

24. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah salah satu tempat menarik di Perak yang terkenal yang terletak di sepanjang Selat Melaka. Walaupun ia mungkin ialah sebuah pulau yang lebih tenang berbanding dengan Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian, ia juga mempunyai ciri-ciri uniknya. Bukan sahaja anda boleh mencari pantai yang bersih dan tenang di sini, anda juga boleh snorkel di salah satu kawasan perairan yang paling tenang dan bersih di Malaysia.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

Sitiawan

25. Tokong Tua Pek Kong

Jika anda mencari tempat keagamaan untuk dilawat, anda boleh mengunjungi Tokong Tua Pek Kong (‘Tua Pek Kong’ bermaksud ‘Bapa Saudara Besar’ dalam bahasa Cina), sebuah tokong Cina yang berusia 100 tahun dan terletak di Sitiawan. Bukan sahaja tempat ini terkenal dengan berkatnya, anda boleh menemui satu deretan patung putih gergasi yang menghadap ke laut. Kolam ikan koi, batu tiruan, pagoda dan patung Buddha yang besar juga boleh dijumpai di sini.

Selain daripada semua tarikan di atas, terdapat juga terowong berbentuk naga yang anda boleh berjalan di dalam melalui mulutnya. Dinding di dalam terowong ini dipenuhi dengan panel dengan ilustrasi ‘Sepuluh Bilik Neraka’.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

Taiping

26. Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping adalah salah satu taman tasik yang tertua di Malaysia dan juga merupakan taman awam pertama yang ditubuhkan di bawah pemerintahan British. Dibuka pada tahun 1880, tasik yang luas ini dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan lengkap dengan kemudahan seperti trek jogging dan refleksologi, tunggangan bot dayung dan taman permainan. Selain daripada itu, terdapat beberapa struktur warisan yang berdekatan seperti ‘Old Residency’, dahulunya rumah Setiausaha kepada Residen, Rumah Raja dan kediaman pegawai tentera.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

27. Zoo Taiping

Dengan Taiping memiliki salah satu taman tasik yang tertua di Malaysia, tidaklah menghairankan jika salah satu zoo yang tertua di Malaysia juga terletak di sini. Ditubuhkan pada tahun 1961, Zoo Taiping meliputi 34 ekar tanah dan menempatkan lebih daripada 1,000 haiwan daripada 180 spesies haiwan. Antara tarikan utama zoo ini adalah masa makan pada waktu pagi dan safari malam.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8:00 pg – 11:00 mlm
Harga Tiket: Dewasa – RM16 | Kanak-kanak – RM8

28. Muzium Perak

Bukan sahaja salah satu tempat menarik di Perak yang tertua, Muzium Perak juga merupakan salah satu muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Dibina pada tahun 1883, muzium putih ini mempunyai 4 galeri utama di mana lebih daripada 8,000 koleksi dan artifak dipaparkan. Koleksinya terdiri daripada koleksi budaya, koleksi alam semula jadi (seperti haiwan, burung, ikan dan siput) dan pelbagai koleksi lain, termasuk penemuan arkeologi.

Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pg – 6:00 ptg
Harga Tiket: Dewasa – RM2 | Murid – Percuma (dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun)

29. Taman Eko Spritzer

Taman Eko Spritzer mula membuka pintunya kepada orang ramai pada tahun 2015 dengan tujuan memelihara warisan negara melalui keseronokan dan pendidikan. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah ‘Signature Hole Golf’ dan padang golf mini 18 lubang. Selain itu, anda juga boleh melawat ‘Cactus Rock’, sebuah batu yang berusia 214 juta tahun untuk membuat hajat dengan orang tersayang anda dan mengunci cinta anda di ‘Heart Lock Corner’ (diilhamkan oleh ‘kunci cinta’ di jambatan Pont des Arts, Paris).

Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pg – 9:00 mlm
Harga Tiket: Percuma

Teluk Intan

30. Menara Condong Teluk Intan


Berkongsi kemiripan dengan Menara Condong Pisa, ialah Menara Condong Teluk Intan. Ia dibina pada tahun 1885 untuk digunakan sebagai tangki air oleh penduduk berdekatan dan juga sebagai penjaga masa. Hari ini, ia merupakan tempat lawatan yang popular untuk sesiapa yang melawat Perak.

Satu fakta menarik tentang bangunan ikonik 25.5 meter ini adalah bahawa ia sebenarnya sebuah bangunan 3 tingkat, walaupun bahagian luarnya mungkin kelihatan seperti bangunan 8 tingkat. Semasa perayaan yang khas, bangunan ini akan dihiasi dengan bendera dan tanglung, dan pada waktu malam ia akan diterangi dengan lampu berwarna yang berbeza.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam
Harga Tiket: Percuma

Dengan begitu banyak tempat menarik di Perak yang indah, bersejarah dan semula jadi, Perak merupakan tempat yang harus anda masukkan dalam pelan perjalanan anda. Anda juga akan sedar bahawa tempat ini lebih tenang dan bendanya murah dibanding dengan bandar-bandar utama lain di Malaysia. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat mencari salah satu ‘tau foo fah’ (puding kacang soya) yang paling sedap di sini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!